Judul : Kenapa Kau Sangup Biarkah Ayah Datang Jauh Sorang Diri, Ayah Tidak Sihat Ini.
link : Kenapa Kau Sangup Biarkah Ayah Datang Jauh Sorang Diri, Ayah Tidak Sihat Ini.
Kenapa Kau Sangup Biarkah Ayah Datang Jauh Sorang Diri, Ayah Tidak Sihat Ini.
Lelaki tua itu meminta tolong untuk menelifon anaknya, mereka cuba untuk menghubungi berkali-kali namun tiada jawapan.
Mereka berbual seketika dengan lelaki tua itu dan bertanya mengapa dia berada di situ.
Lelaki itu berkata dia dari Setiu, Terengganu dan datang menaiki bas kerana ada temu janji dengan doktor di institusi jantung negara (IJN).
Dia berkata ada meminta tolong pihak hospital menghubungi anaknya itu namun gagal lalu beredar dan duduk disudut kaki lima sambil bertawakal.
Remaja dan rakannya itu mempelawa lelaki itu untuk dihantar ke TBS kerana sebelum itu dia berkata mahu tunggu di situ sehingga pagi kerana mahu naik LRT ke TBS dan mereka tidak sampai hati untuk meninggalkan dia seorang diri di tempat itu.
Pada mulanya lelaki itu menolak, namun setelah dipelawa berulang kali dia bersetuju dengan pelawaan itu.
Lebih memilukan apabila lelaki itu memberitahu bahawa anaknya mengambil kesemua duitnya didalam akaun bank miliknya dan hanya berbaki RM20 tanpa pegetahuannya dan hanya disedari setelah dia mahu mengambil wang di mesin ATM pada petang tadi.
Tambahnya lagi, anaknya yang berusia 31 tahun itu kaki judi sampaikan sanggup menggadai motor kepunyaannya di kampung.
“Pakcik tak pernah pukul anak pakcik, lagipun sebelum ni pakcik bukan tak bagi dia duit , pakcik bagi,”
“Pakcik sedih , pakcik tengok anak orang lain perangai ok , elok tapi kenapa anak pakcik perangai mcm tu , dia mlas kerja , pakcik bagi duit , patut la pakcik ajak dia teman pakcik datang KL dia taknak ,” Luah lelaki itu dengan nada sebak,
Terlihat dia begitu kecewa dengan anaknya dan berasa sangat sedih.
Wahai anak, kenapa kau sangup biarkan ayahmu datang jauh sorang diri? ayahmu tidak sihat.
Dua orang remaja itu berkata perjalanan mereka dipenuhi dengan air mata mendengar kisah pakcik itu dan hanya mampu menghantar dia di TBS. Semoga segala urusannya dipermudahkan. Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Kenapa Kau Sangup Biarkah Ayah Datang Jauh Sorang Diri, Ayah Tidak Sihat Ini.
Sekianlah artikel Kenapa Kau Sangup Biarkah Ayah Datang Jauh Sorang Diri, Ayah Tidak Sihat Ini. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Kau Sangup Biarkah Ayah Datang Jauh Sorang Diri, Ayah Tidak Sihat Ini. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kenapa-kau-sangup-biarkah-ayah-datang.html