Judul : Al-Quran Pengubat Jiwa
link : Al-Quran Pengubat Jiwa
Al-Quran Pengubat Jiwa
SUBANG JAYA: Tidak kesemua lelaki suka menghabiskan masa lapang mereka begitu sahaja.
Begitu juga dengan pelakon Johan Ariff As’ari dimana dia dikatakan lebih gemar menghabiskan masanya dengan membaca Al-Quran.
Bagi Johan, 31, dengan membaca ayat suci al-Quran jiwanya akan menjadi lebih tenang dan dia gemar melakukan aktiviti ini ketika berada di rumah dan menjadikan aktiviti ini sebagai rutin hariannya.
Johan juga boleh dilebalkan sebagai seorang ‘family man’ di mana dia sangat bertanggungjawab menjalankan tugasnya sebagai seorang abang dan sangat rapat dengan adik beradiknya.
Berkongsi aktiviti rutinnya di rumah, pelakon drama Jurnal Suraya ini juga berkata, dia selalunya akan menghabiskan masa lapangnya dengan mengaji al-Quran ketika berada di rumah dan menafikan sekerasnya bahawa niatnya itu bukanlah untuk menunjuk baik kepada semua orang.
Difahamkan, rumah yang didudukinya itu turut mempunyai bilik khusus yang dijadikan sebagai surau dan mereka sekeluarga akan menghabiskan masa bersama-sama untuk beribadat di ruangan tersebut.
“Saya akan berasa lebih tenang ketika berada di rumah kerana saya banyak meluangkan masa dengan mengaji al-Quran. Terus terang, saya memang kena ada masa mengaji setiap hari kerana aktiviti ini sudah menjadi rutin,” katanya ketika ditemuramah.
Dia juga turut memaklumkan bahawa dia pernah mendapat pendidikan agama di sebuah sekolah pondok di Indonesia jadi rutin ini sudah dianggap perkara biasa bagi dirinya.
Johan turut menambah bahawa dia juga ada meluangkan masa dengan beberapa aktiviti lain yang menjadi hobinya iaitu dalam bidang muzik dimana dia dikatakan gemar bermain gitar dan cuba untuk menghasilkan lagu sendiri.
Mengulas lanjut mengenai susun atur dan tatarias ruang tamunya, Johan berkata, kesemua ini adalah hasil sentuhan adik bongsunya, Siti Aisyah, 29
Semua urusan mengemas rumah termasuklah memasak diserahkan sebulat-bulatnya kepada adiknya dan dia dikatakan tidak perlu menyuruh Siti Aisyah melakukan kerja tersebut.
Tambah Johan lagi, adiknya itu banyak mewarisi sikap arwah ibunya dan dia juga turut mengambil alih tugas memasak dimana dia akan memasak makanan kegemaran Johan.
Dengan cara ini sedikit sebanyak Johan dapat merubat rindu pada air tangan ibunya.
Selain Siti Aisyah, rumah teres dua tingkat itu turut didiami Johan bersama adik lelakinya, Hazwan serta isteri, Adibah Yunus
Bercakap mengenai kerjayanya, Johan mengakui kerjayanya itu ada pasang dan surutnya dimana dia dikatakan kurang mendapat tawaran untuk berlakon.
Namun, dia tetap merasa bersyukur kerana namanya tidak tenggelam dan masih lagi mendapat tawaran berlakon walaupun sedikit.
Sempena kedatangan tahun baru, kanvas karier lakonannya akan bermula dengan membintangi drama 100 episod melalui drama Suami-Suami Anissa terbitan Global Station Sdn Bhd.
Tambahnya lagi, dia turut berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz dan Izara Aishah dan ini adalah kali pertama mereka berlakon bersama-sama.
Selama menceburi bidang lakonan, Johan dikatakan belum pernah membintangi drama yang beratus episod dan pengalaman ini adalah pengalaman baru baginya walaupun dia hanya memegang watak sebagai pelakon pembantu.
“Menariknya lagi drama ini juga akan mendapat sentuhan pengarah berkaliber tanah air, Feroz Kader dan terus terang, kini saya tidak lagi mengejar populariti kerana percaya semua itu adalah rezeki Allah,” katanya. Sumber:Mymetro, Editor: Amira
Demikianlah Artikel Al-Quran Pengubat Jiwa
Sekianlah artikel Al-Quran Pengubat Jiwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Al-Quran Pengubat Jiwa dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/al-quran-pengubat-jiwa.html