Judul : Buka butang baju, seluar penumpang sebelah ketika tidur
link : Buka butang baju, seluar penumpang sebelah ketika tidur
Buka butang baju, seluar penumpang sebelah ketika tidur
AMERIKA SYARIKAT: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa tempatan selepas didapati bersalah membuka butang baju dan juga seluar seorang wanita yang sedang nyenyak tidur dan turut mencabul mangsa dalam satu penerbangan Rabu lalu.
Menurut laporan daripada CNN, Prabhu Ramamoorthy dikatakan mencabul mangsa yang berusia 22 tahun itu ketika dalam penerbangan Spirit Airlines dari Las Vegas menuju ke Detroit.
Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terjaga sebaik sahaja tangan suspek berada di dalam seluarnya sambil menyedari butang baju dan seluarnya terbuka.
Suspek kemudiannya terus menghentikan aktivitinya itu sebaik sahaja mangsa terjaga dari tidur.
Mangsa yang agak terkejut dengan kejadian terbabit terus melaporkan kejadian tersebut kepada kru penerbangan yang bertugas.
Pihak polis berjaya menahan suspek sejurus selepas pesawat terbabit mendarat dan suspek mendakwa dirinya sedang nyenyak tidur ketika kejadian tersebut.
Selain itu, suspek juga dikatakan turut menafikan kegiatannya itu dan memberitahu dia tidak melakukan sebarang salah laku seksual terhadap mangsa.
Ketika disoal siasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) suspek mengatakan bahawa dia 'mungkin membuka butang baju mangsa’ ketika mangsa sedang tidur.
Kes ini masih lagi dalam disiasat dan pihak penerbangan Spirit Airlines akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan tersebut. Sumber: Sinar Online, Editor: Amira
Demikianlah Artikel Buka butang baju, seluar penumpang sebelah ketika tidur
Sekianlah artikel Buka butang baju, seluar penumpang sebelah ketika tidur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Buka butang baju, seluar penumpang sebelah ketika tidur dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/buka-butang-baju-seluar-penumpang.html