SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST

SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST
link : SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST

Baca juga


SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST


Mayat Ditemukan Sah Sebagai Syed Redzuan - Ketua Ekspedisi


Kuala Lumpur – Allahyarham Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran, berhasrat menawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest, di Nepal.

Pendakian di Gunung Damavand adalah antara persediaan fizikalnya untuk menawan Everest dalam tempoh dua tahun lagi, kata anak bongsu pendaki itu, Syed Syaqir Adhli, 18.

Beliau berkata minat bapanya dalam bidang pendakian bermula sejak dua tahun lepas dan aktiviti berkenaan turut disertainya bersama-sama dua abangnya, Syed Shafwan Redhauddin Shatri, 24, dan Syed Syauqi Ashraff Shatri, 23.

“Setiap kali ayah hendak mendaki gunung, beliau akan ajak kami tiga beradik untuk sertainya…di situlah timbul hobi mendaki kami.

“Kami berjaya mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas jenazah Syed Redzuan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn di Cheras di sini, semalam.

Urusan pengebumian itu, yang selesai sekitar 3.30 petang, didahului solat jenazah yang diimamkan Syed Syaqir Adhli di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Jenazah Syed Redzuan diterbangkan dari Tehran, Iran dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.30 pagi semalam.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ketika anggota keluarga dan sahabat handai memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Syed Redzuan.

Dalam pada itu, Syed Shafwan Redhauddin Shatri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) bapanya di kawasan pergunungan itu.

“Saya rasa bersyukur kerana jasad ayah ditemui di gunung itu selepas enam hari operasi SAR dijalankan. Apa yang saya minta kepada rakyat Malaysia (ialah mendoakan) agar kawan ayah (yang masih) hilang, dapat ditemui.

“Kali terakhir saya jumpa ayah ialah ketika sertai acara Ironman di Langkawi sebelum beliau ke Tehran. Kami akan merinduinya,” katanya.

Selain tiga anaknya, Syed Redzuan, 50, turut meninggalkan isteri Yuszahanim Yusoff.

Syed Redzuan dan Ramli Abd Majid, 44, dilaporkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 Nov lepas setelah mereka terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain. 




Demikianlah Artikel SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST

Sekianlah artikel SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SYED REDZUAN BERHASRAT TAWAN GUNUNG EVEREST dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/syed-redzuan-berhasrat-tawan-gunung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :