Judul : BIMBANG KERANA HASUTAN DARIPADA ORANG YANG MENENTANG RUU 355
link : BIMBANG KERANA HASUTAN DARIPADA ORANG YANG MENENTANG RUU 355
BIMBANG KERANA HASUTAN DARIPADA ORANG YANG MENENTANG RUU 355
AHLI PAS TIDAK PERLU BIMBANG, KERANA PRESIDEN SUDAH MASAK SEPAK TERAJANG UMNO, NAMUN WALAUPUN UMNO ITU DIKATAKAN JAHAT TAPI MEREKA TETAP MENYOKONG RUU 355 JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAWAN LAMA YANG MENENTANG RUU 355.
KAWAN LAMA BUKAN SAHAJA MENENTANG PAS AKAN TETAPI MENGKHIANATI PERJUANGAN PAS, LALU MEREKA BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YANG MEMUSUHI ISLAM YANG DIBAWA OLEH DASAR PAS.
SEKARANG INI MUSIM PERJUMPAAN DAN JAMUAN MAKAN MALAM, SANA SINI BUAT JAMUAN, SEJAUH INI BELUM NAMPAK PERJUMPAAN ITU BERJAYA, ADA LA CENGKADAK-CENGKADAK LAPAR YANG MENGHADHIRI PERJUMPAAN JAMUAN TERSEBUT, TUJUANNYA UNTUK MEMPENGARUHI DAN MENAMBAH AHLI, BAGI MEREKA AHLI PAS ADALAH KEUTAMAAN - Pak Karamu
'Ahli Pas tak perlu bimbang'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa
SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai jalinan hubungan politik Pas-Umno kini.
Ujarnya, beliau faham mengenai kebimbangan sesetengah rakannya dalam Pas, namun katanya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah masak dengan 'permainan' Umno.
"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara Pas-Umno.
"Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.
"Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, selama pimpinan Pas tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu berada dalam pemeliharaan ALLAH dalam mencapai mardhatillah.
"Politik dan dakwah serta tarbiyah yang kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita untuk meninggikan kalimah ALLAH ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi ALLAH. Bekalan kita mengadap ALLAH di hari pengadilan-NYA. Tetaplah kita istiqamah, insya-ALLAH," katanya.
Hubungan Pas dan Umno kini semakin mesra, selepas dilihat beberapa kali kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hadi duduk semeja bagi membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan ummah.
Ia rentetan daripada pendekatan Pas kini yang mengamalkan amalan politik matang.
Selain bersama dalam isu Pindaan Akta RUU355, terbaharu Najib dan Hadi sepentas dalam Himpunan Soladariti Untuk Ummah Rohingya.
Demikianlah Artikel BIMBANG KERANA HASUTAN DARIPADA ORANG YANG MENENTANG RUU 355
Sekianlah artikel BIMBANG KERANA HASUTAN DARIPADA ORANG YANG MENENTANG RUU 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BIMBANG KERANA HASUTAN DARIPADA ORANG YANG MENENTANG RUU 355 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/bimbang-kerana-hasutan-daripada-orang.html