Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI

Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI
link : Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI

Baca juga


Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI


SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar cuba meredakan kebimbangan ahli PAS mengenai jalinan hubungan politik Pas-Umno kini.

Ujar Ahmad Shamsuri, beliau faham mengenai kebimbangan sesetengah rakannya dalam Pas, namun katanya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah masak dengan 'permainan' Umno.

"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara Pas-Umno.

"Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

"Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selama pimpinan Pas tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu berada dalam pemeliharaan ALLAH dalam mencapai mardhatillah.

"Politik dan dakwah serta tarbiyah yang kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita untuk meninggikan kalimah ALLAH ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi ALLAH. Bekalan kita mengadap ALLAH  di hari pengadilan-NYA. Tetaplah kita istiqamah, insya-ALLAH," katanya.

Hubungan Pas dan Umno kini semakin mesra, selepas dilihat beberapa kali kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hadi duduk semeja bagi membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan ummah.

Ia rentetan daripada pendekatan Pas kini yang mengamalkan amalan politik matang.

Selain bersama dalam isu Pindaan Akta RUU355, terbaharu Najib dan Hadi sepentas dalam Himpunan Soladariti Untuk Ummah Rohingya.


Demikianlah Artikel Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI

Sekianlah artikel Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli PAS BIMBANG dan Tidak Selesa HUBUNGAN NAJIB-HAJI HADI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/ahli-pas-bimbang-dan-tidak-selesa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :