Judul : Kerajaan DAP bina hospital patuh syariah pertama di Pulau Pinang
link : Kerajaan DAP bina hospital patuh syariah pertama di Pulau Pinang
Kerajaan DAP bina hospital patuh syariah pertama di Pulau Pinang
Yayasan Islam Pulau Pinang memilih Hospital Pakar An-Nur di Selangor, sebuah hospital patuh syariah, sebagai operator Hospital Islam Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Kerajaan DAP akan membina Hospital Islam Pulau Pinang berkonsepkan patuh syariah yang pertama di negeri ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, hospital itu akan dibina di atas tanah kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Bayan Baru.
“Tapak cadangan pembangunan Hospital Islam Pulau Pinang terletak di persimpangan Jalan Mayang Pasir 1 dan Jalan Mayang Pasir 2, di Bayan Baru dengan keluasan 10,265 meter persegi,” katanya ketika menggulung Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri, pada Khamis.
Beliau berkata, hospital dengan kos RM280 juta itu terdiri daripada sebuah bangunan 14 tingkat, termasuk 7 tempat letak kereta dan dilengkapi 200 bilik pesakit dengan tumpuan kepada bidang perubatan pediatrik, ginekologi, endoskopi dan kardiologi serta kemudahan pembelajaran dan ruang perniagaan.
Beliau berkata, Yayasan Islam Pulau Pinang memilih Hospital Pakar An-Nur di Selangor, sebuah hospital patuh syariah, sebagai operator Hospital Islam Pulau Pinang.
FMT
Demikianlah Artikel Kerajaan DAP bina hospital patuh syariah pertama di Pulau Pinang
Sekianlah artikel Kerajaan DAP bina hospital patuh syariah pertama di Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan DAP bina hospital patuh syariah pertama di Pulau Pinang dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/kerajaan-dap-bina-hospital-patuh.html