Judul : [KUANTAN] LAPOR POLIS JIKA TERIMA TAWARAN PENJUALAN DARJAH KEBESARAN
link : [KUANTAN] LAPOR POLIS JIKA TERIMA TAWARAN PENJUALAN DARJAH KEBESARAN
[KUANTAN] LAPOR POLIS JIKA TERIMA TAWARAN PENJUALAN DARJAH KEBESARAN
"Individu yang menerima tawaran atau mempunyai maklumat berkaitan penjualan darjah kebesaran Pahang diminta membuat laporan polis," kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato' Sri Muhammad Safian Ismail.
Beliau berkata ia bagi membantu siasatan pihak polis dalam penjualan darjah kebesaran itu khususnya yang melibatkan tawaran secara lisan.
"Individu yang menawarkan darjah kebesaran melalui media sosial mudah dikesan, cuma kita memohon bantuan daripada mereka yang dihubungi secara lisan atau secara sembunyi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Muhammad Safian berkata kerajaan negeri juga ada membuat laporan polis berkaitan perkara itu berdasarkan kes yang diketahui di media sosial.
Baru-baru ini, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bergelar Datin berhubung penjualan darjah kebesaran Pahang termasuk yang membawa gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' yang tidak wujud.
Mereka yang ditahan sekitar Kuala Lumpur dan Melaka difahamkan mengiklankan penjualan itu di media sosial dengan harga anggaran antara RM180,000 hingga RM400,000.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] LAPOR POLIS JIKA TERIMA TAWARAN PENJUALAN DARJAH KEBESARAN
Sekianlah artikel [KUANTAN] LAPOR POLIS JIKA TERIMA TAWARAN PENJUALAN DARJAH KEBESARAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] LAPOR POLIS JIKA TERIMA TAWARAN PENJUALAN DARJAH KEBESARAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/kuantan-lapor-polis-jika-terima-tawaran.html