Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan

Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan
link : Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan

Baca juga


Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR 30 Mac – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.
Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dalam akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).

“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.
Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

Katanya, perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. - UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan

Sekianlah artikel Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam Negara iktiraf UEC - Timb. Menteri Pendidikan dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/03/peguam-negara-iktiraf-uec-timb-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: