Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB

Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB
link : Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB

Baca juga


Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyambut baik pelaksanaan semula hukuman merotan di sekolah, sekiranya tindakan itu berupaya memberi pengajaran dan menginsafkan pelajar daripada mengulangi kesalahan disiplin sama.

Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, hukuman merotan perlu dilaksanakan kembali sekiranya tindakan tersebut mampu menginsafkan pelajar seterusnya menghalang mereka daripada berterusan melakukan perkara melanggar peraturan sekolah.

Beliau berkata, tindakan merotan pelajar bukan sebagai hukuman, sebaliknya pendekatan itu menjadi sebahagian dari proses pendidikan bagi memberi kesedaran sete­rusnya mengembalikan semula sekolah sebagai institusi bertanggungjawab mempersiapkan generasi masa depan negara.

“Hukuman rotan seharusnya tidak dilihat dari sudut negatif semata-mata kerana kuasa untuk merotan dibenarkan atas sebab munasabah.

“Tindakan merotan biasanya dibuat setelah pelbagai langkah lain diambil seperti nasihat kepada pelajar dan kaunseling, namun sekira­nya masih gagal mengubah keadaan, maka hukuman merotan adalah langkah terakhir perlu dilaksanakan,” katanya.

Beliau mengulas ke­nya­taan Menteri Pendi­dikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan pengetua mem­punyai kuasa untuk merotan dan boleh melantik mana-mana guru bersesuaian melaksanakannya terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Menurut Mahdzir, berdasarkan pekeliling sebelum ini sudah menjelaskan kuasa merotan terletak di bawah kuasa pengetua dan guru besar sekolah bagi meng­hukum pelajar atau murid yang melakukan kesalahan disiplin.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, hukuman rotan dilaksana harus bermatlamat untuk mendidik pelajar dan bukan sebagai menghukum bagi mengelakkannya di salah guna.

Selain itu, katanya, pendekatan tersebut juga bukanlah satu-satunya kaedah boleh diambil bagi mengelak tindakan itu dibuat berdasarkan amarah emosi sehingga memangsakan pelajar.

“Sebelum tindakan rotan, pihak guru dan pengurusan sekolah perlu juga mengambil kira faktor sekeliling dan mengenal pasti punca pendorong kepada kesalahan yang dilakukan pelajar.

Sumber: Utusan Online




Demikianlah Artikel Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB

Sekianlah artikel Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kuasa rotan dibenarkan atas sebab munasabah - YGMB dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/kuasa-rotan-dibenarkan-atas-sebab.html

Subscribe to receive free email updates: