[PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA

[PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA
link : [PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA

Baca juga


[PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA









YB. Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff  Exco Kerajaan Negeri telah merasmikan Majlis Bicara Negarawan Tun Abdul Razak “Sebuah Perjuangan Yang Luhur" anjuran Kelab Veteren UMNO Pekan di Hotel Royale Ancasa disini semalam.

Penganjuran majlis itu adalah tepat pada masanya bagi mengembalikan semangat perjuangan yang jitu dan ikhlas dikalangan ahli UMNO seperti mana semangat Tun Abdul Razak dalam membela nasib bangsa Melayu dan membina negara kita suatu masa dahulu.

Terlalu banyak jasa Allahyarham Tun Razak dalam membela dan meningkatkan taraf hidup orang-orang Melayu yang miskin dan terpinggir ketika itu. Saya juga masih ingat, ketika di zaman kanak-kanak, saya sempat dan pernah bersalaman dan mencium tangannya.

Suatu pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan. Arwah Abang saya pernah berkhidmat sebagai Wakil Rakyat Bukit Ibam dibawah Allahyarham Tun Abd Razak selaku Perdana Menteri pada tahun 1974 dan saya juga diizinkan Allah menjadi wakil rakyat dan turut berkhidmat dibawah anakanda beliau, YB Dato Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri pada tahun 2013 hingga 2018, katanya.

Lihatlah penubuhan Felcra, Felda, Risda, MARA malah Tabung Haji (TH) sendiri adalah hasil tangan dan cetusan idea oleh Perdana Menteri kedua negara itu yang kemudiannya dijaga baik oleh anakanda beliau YB Dato' Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri keenam yang juga Ahli Parlimen kita di Pekan ini.

Allahyarham Tun Razak merupakan seorang yang berkarisma tinggi, mempunyai pandangan yang jauh, cerdik dan bijaksana. Kasih sayang kepada bangsanya tiada tolok bandingnya. Lihatlah segala apa yang telah dilakukan, ditinggalkannya demi anak bangsa.

Namun kini kita semua berasa sedih dengan apa yang terjadi dibawah Kerajaan hari ini. Aset-aset penting dan peninggalan Tun Razak seperti Felda, Tabung Haji dan sebagainya telah dirosakkan, kepentingan syarikat ini telah dijual satu persatu dan kini tiada apa yang boleh dibanggakan lagi oleh bangsa Melayu.

Kemenangan mereka melalui penipuan dan fitnah terutamanya di Media Sosial telah menjadi sebab untuk mereka kini bermaharajalela memusnahkan kepentingan bangsa Melayu. Kita harus sedar dan bangkit membetulkan keadaaan ini dan menyelamatkan maruah bangsa kita.

Di zaman Internet dan Multimedia yang berkembang pesat, suka atau tidak kita harus menguasainya dan meningkatkan kemahiran kita terutamanya menggunakan Media Sosial.

Jadikanlah Media Sosial sebagai jihad untuk menegakan kebenaran serta menjawab segala fitnah dan tohmahan agar rakyat tidak terus ditipu oleh mereka yang mempunyai kepentingan dan berniat jahat. Ayuhlah kita bangkit, membela Agama, Bangsa dan Tanah air kita melalui Jihad di Media Sosial.

YB. Dato' Mohammad Fakhruddin juga  merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam ,Pakar Sejarah di UniMAP yang telah bersama-sama sebagai penceramah undangan. Kupasan Profesor berkenaan negarawan Tun Razak harus kita simpan dan abadikan hingga ke pengetahuan anak cucu kita.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi Kelab Veteren UMNO Pekan, YB Dato' Sri Haji Ishak bin Haji Muhamad yang telah menganjurkan Majlis Bicara ini yang saya lihat telah dapat menyedar dan membangkitkan semangat kita semua. Terima kasih juga kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan, YH Dato Mohd Nizar Najib dan semua yang telah hadir.




Demikianlah Artikel [PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA

Sekianlah artikel [PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] KASIH SAYANG TUN RAZAK KEPADA BANGSA MELAYU TIADA TOLOK BANDINGNYA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/02/pekan-kasih-sayang-tun-razak-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: