Judul : ISU KEHIDUPAN ORANG ASLI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BUKIT IBAM
link : ISU KEHIDUPAN ORANG ASLI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BUKIT IBAM
ISU KEHIDUPAN ORANG ASLI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BUKIT IBAM
Kenyataan Akhbar
Pejabat YAB Menteri Besar Pahang
Berkenaan Isu Kehidupan Orang Asli Di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Ibam
Kuantan, 15 Februari: Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil maklum tentang satu video dan beberapa gambar memaparkan sekumpulan Orang Asli, yang dikatakan hidup di dalam kawasan tapak pelupusan sampah berdekatan Bukit Ibam telah tular di laman sosial.
Turut ditularkan kononnya kanak-kanak Orang Asli turut dikerah sebagai pekerja untuk mengutip dan mengasingkan sampah di tapak pelupusan tersebut.
Kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar sama sekali.
Kerajaan Negeri Pahang bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) telah melakukan lawatan dan bertemu dengan kumpulan Orang Asli tersebut, yang mana mereka sendiri terkejut dengan penularan berita tidak benar ini.
Realitinya, kumpulan orang Asli dari suku Jakun ini telah mengambil inisiatif untuk mengumpul barangan yang boleh dikitar semula bagi menambah pendapatan keluarga mereka. Kebanyakkan dari mereka mempunyai pekerjaan tetap dan aktiviti ini dilakukan secara sampingan.
Anak-anak Orang Asli yang kelihatan di dalam video dan gambar yang ditularkan berada di sana kerana mereka menemani ibu bapa mereka yang mencari tin, kertas dan plastik terpakai untuk dijual dan dikitar semula. Tidak timbul isu anak-anak ini dikerah untuk bekerja atau tapak pelupusan tersebut telah menjadi "taman permainan" mereka, sepertimana yang telah disebutkan oleh satu portal berita.
Kerajaan Negeri Pahang amat prihatin dengan kebajikan kaum Orang Asli di negeri ini. Kami amat berharap agar orang ramai tidak menularkan berita-berita tidak benar dan memeriksa terlebih dahulu kesahihan informasi tersebut sebelum menularkannya di media sosial.
Video di bawah adalah rakaman pertemuan wakil Kerajaan Negeri Pahang, agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan bersama kumpulan Orang Asli Suku Jakun di Bukit Ibam.
Demikianlah Artikel ISU KEHIDUPAN ORANG ASLI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BUKIT IBAM
Sekianlah artikel ISU KEHIDUPAN ORANG ASLI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BUKIT IBAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ISU KEHIDUPAN ORANG ASLI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BUKIT IBAM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/02/isu-kehidupan-orang-asli-di-tapak.html