[TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK

[TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK
link : [TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK

Baca juga


[TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK







Generasi baharu mungkin tidak mengenali tetuang namun instrumen tradisional itu sudah lama digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Tetuang diperbuat daripada tanduk kerbau yang boleh mengeluarkan bunyi atau gema menerusi getaran udara selepas ditiup turut berfungsi sebagai alat komunikasi pada zaman dahulu.

Bagaimanapun tetuang atau lebih dikenali sebagai trompet Melayu kini hanya boleh dilihat secara eksklusif pada majlis tertentu seperti istiadat diraja, tetamu kehormat atau majlis keraian.

Seorang penduduk Taman Setia Jasa dekat sini, Rozali Abdul Rani, 47, mengambil inisiatif membuat dan memperkenalkan semula kepada generasi hari ini apabila menyedari peralatan itu semakin hilang ditelan zaman.

Rozali yang dikenali sebagai Pak We berkata, tetuang digunakan untuk memanggil atau memberitahu sesuatu maklumat pada masa dahulu.

"Penggunaannya boleh disaksikan dalam filem Melayu klasik termasuk filem arahan Tan Sri P Ramlee seperti Nujum Pak Belalang dan Pancha Delima yang membuktikan tetuang boleh menjadi alat penting untuk berkomunikasi.

"Pada masa dahulu tetuang hanya boleh dimiliki oleh individu penting seperti ketua kampung, penghulu atau mereka yang dipertanggungjawabkan," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.

Rozali yang berasal dari Kuala Mai, Kuala Krau mula menghasilkan tetuang di bengkel di rumahnya lebih 23 tahun lalu.

Menurutnya, cabaran untuk membuat tetuang adalah kesukaran mendapatkan tanduk kerbau jantan kerana haiwan itu kebiasaan disembelih pada musim perayaan sahaja."Tanduk kerbau betina lebih tumpat sesuai untuk membuat hulu dan sarung parang berbanding tanduk kerbau jantan yang lompang hanya sesuai dijadikan trompet Melayu ini," katanya.Katanya, harga satu tetuang bermula RM80 hingga boleh mencecah ratusan ringgit bergantung pada saiz, manakala tetuang yang diperbuat daripada tanduk kerbau balau lebih mahal kerana sukar untuk diperoleh.
Tanduk kerbau jantan yang digunakan untuk menghasilkan tetuang.
Tanduk kerbau jantan yang digunakan untuk menghasilkan tetuang.



"Untuk membuat tetuang secara komersial memerlukan bekalan tanduk kerbau daripada penternak di Temerloh, Jerantut dan Maran dan Bachok Kelantan.

"Saya juga mendapat bekalan tanduk kerbau dari Indonesia tetapi tidak dapat dihantar ke Malaysia atas faktor peraturan perundangan kedua-dua negara," katanya.

Berkelulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sejarah dan Persuratan Melayu dan kini berkhidmat sebagai guru, Rozali nekad untuk terus mempopularkan tiupan klasik tetuang.'
Rozali bersama tetuang dihasilkannya.
Rozali bersama tetuang dihasilkannya.


Menurutnya, kaedah membuat tetuang itu dipelajarinya hingga berhasil dan tidak meletakkan alat bantuan bagi mengeluarkan bunyi.

"Saya mahu mengajar generasi muda meniup tetuang kerana walaupun nampak mudah namun bukan semua orang boleh melakukannya kerana memerlukan kaedah getaran pada bibir.

"Saya bercadang buka bengkel dan galeri bagi memberi peluang generasi muda menikmati keindahan seni tetuang," katanya.

Katanya, banyak program disertai sepanjang lebih 20 tahun bagi memperkenalkan tetuang kepada orang ramai seperti program Sultan Ahmad Shah Enviroment Trust (SASET) bersama Temenggung Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam Shah Sultan Ahmad Shah di Taman Negara Pahang tahun lalu.

Rozali juga pernah muncul dalam drama Wali Jantan Semantan arahan Sabri Yunus membabitkan aksi meniup tetuang dalam situasi kecemasan diserang musuh.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK

Sekianlah artikel [TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] TETUANG, TROMPET WARISAN MELAYU HASILKAN TIUPAN KLASIK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/temerloh-tetuang-trompet-warisan-melayu.html

Subscribe to receive free email updates: