[LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI

[LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI
link : [LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI

Baca juga


[LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI



LEGA, GEMBIRA TERIMA SUMBANGAN MENTERI BESAR



Perasaan lega dan gembira terukir di wajah Encik Ahmad Khalidan Mohamad semasa menerima sumbangan mewakili cucunya yang kurang upaya daripada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail semalam.

Ahmad Khalidan, 61, yang menjaga Muhammmad Aiman Abdullah, 15, sejak lahir berkata, sumbangan ini akan digunakan untuk rawatan cucunya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Terima kasih YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy atas sumbangan yang amat besar maknanya kepada kami ini. Sumbangan ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga kami dalam rawatan Aiman.

“Kami menghabiskan kira-kira RM600 bagi setiap perjalanan pergi dan balik daripada Kuala Lipis ke HTAA setiap tiga bulan sekali kerana terpaksa menyewa kereta,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama-sama Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka, Penyampaian Notis 5A Serta Suratan Hak Milik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Fasa 1,2,3, dan 4 di Perkarangan Masjid Kampung Batu Sembilan, Mukim Cheka di sini semalam.

Ahmad Khalidan antara enam penerima yang menerima sumbangan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar dengan jumlah keseluruhan RM30,000.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Encik Abd. Rahim Muda; Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa Haji Long; ADUN Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong dan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.

Beliau berkata, Aiman pada mulanya normal seperti kanak-kanak biasa namun menjadi kurang upaya setelah diserang penyakit sawan ketika berusia 13 tahun.

“Doktor mengesyaki Aiman menghidap penyakit berkaitan saraf akibat serangan sawan dahulu sehingga menyebabkan dia bergantung harap kepada bantuan saya dan isteri sahaja untuk menguruskan diri.

“Aiman tidak mampu berjalan dan saya akan membawa dia ke mana-mana menggunakan kerusi roda sahaja. Pertuturan Aiman juga adalah terbatas,” katanya.





Demikianlah Artikel [LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI

Sekianlah artikel [LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] TERIMA KASIH MB, SUMBANGAN INI AMAT BESAR DAN BERMAKNA PADA KAMI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/lipis-terima-kasih-mb-sumbangan-ini.html

Subscribe to receive free email updates: