ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS

ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS
link : ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS

Baca juga


ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS






Bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan rasa kesal kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menjalankan tugas dengan telus.

Jelasnya, diri beliau sendiri adalah bukti yang menjadi mangsa kecuaian SPR.

“SPR yang buat kecuaian itu mengapa saya menjadi mangsa? Saya berterima kasih kepada rakyat Kimanis yang mengundi saya tapi saya tertanya-tanya kenapa SPR tidak merayu sedangkan kesilapan itu adalah kesilapan mereka dan mereka boleh jelaskan dalam mahkamah.

“Jadi kalau saya bertanding semula seolah-olah saya mengiktiraf keputusan mahkamah. Sebab itu saya akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin,” ujar beliau dalam satu sidang media di pusat operasi BN, semalam.

Ketika ditanya mengenai isu Pas Sementara Sabah (PSS) pula Anifah menegaskan, individu yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau iaitu Ahli Parlimen Tuaran.

“Madius Tangau derhaka kepada parti, bertanding atas parti BN tapi lompat. Kalau dia tidak lompat tidak mungkin isu PSS ini akan timbul.

“Jadi orang yang bertanggungjawab terhadap isu PSS ini adalah Madius Tangau, dia gadai negeri kita. Isu PSS tidak akan timbul kalau Warisan bukan kerajaan. Orang yang pertama yang mengakibatkan darurat anak kita akan datang adalah Madius Tangau,” tegas beliau.

Tambah Anifah, dari awal lagi baik sebelum pilihan raya atau waktu pilihan raya, beliau sentiasa menegaskan tidak mahu melihat anak-anak Sabah menjadi pendatang di negeri sendiri.




“Ini bukan sebab Cina, bukan sebab Kadazan, bukan sebab Brunei tapi adalah sebab masa depan generasi akan datang di Sabah ini apabila kita wariskan kepada mereka… ia harus lebih baik dari hari ini.

“Tapi apa yang berlaku? Nanti menangis air mata darah pun kita tidak boleh ambil balik,” ujarnya lagi.

Dilaporkan, pada 2 Disember lalu Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan kemenangan Anifah dalam PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal.

Ia selepas Mahkamah Persekutuan mendapati ada kertas undi tambahan yang didakwa boleh menjejaskan keputusan pilihan raya tersebut, sekaligus menetapkan PRK Kimanis dilaksana.

SPR telah menetapkan Parlimen Kimanis diadakan pada 18 Jan manakala tarikh mengundi awal ialah pada 14 Jan.




Demikianlah Artikel ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS

Sekianlah artikel ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANIFAH SOKONG CALON BN, KECEWA SPR TIDAK TELUS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/01/anifah-sokong-calon-bn-kecewa-spr-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: