Judul : RAKYAT MAKIN TERSEKSA DI BAWAH KERAJAAN PH... PENTADBIRAN GAGAL, PENUH HURU-HARA
link : RAKYAT MAKIN TERSEKSA DI BAWAH KERAJAAN PH... PENTADBIRAN GAGAL, PENUH HURU-HARA
RAKYAT MAKIN TERSEKSA DI BAWAH KERAJAAN PH... PENTADBIRAN GAGAL, PENUH HURU-HARA
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang gagal dan penuh huru-hara malah pentadbiran mereka hari ini lebih banyak menyusahkan rakyat khususnya mereka yang bergelar peneroka dan petani.
Katanya, ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil inisiatif membantu rakyat dengan mengenalpasti permasalahan mereka misalnya orang-orang Melayu yang begitu miskin ekonominya maka diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hingga berjaya mengubah nasib anak-anak bangsa untuk bangkit dan menjadi golongan profesional.
“Felda, Felcra, MARA, UDA ditubuhkan dan semuanya untuk kepentingan orang-orang Melayu dan selepas itulah berlaku perubahan hidup terhadap masyarakat tersebut.
“Hari ini orang Felda yang paling teruk kena sebagai contoh pendapatan sawit merudum, bila PH menang kononnya hutang terhapus tapi lain ceritanya … saya bangkitkan perkara ini dalam Parlimen,” ucapnya semasa Ceramah Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Raub, malam tadi.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menjelaskan isu ini dibangkitkan di Parlimen namun pihak PH boleh mengatakan ‘jangan bimbang’ sedangkan rakyat peneroka semakin gusar dengan penurunan harga minya kelapa sawit yang begitu drastik.
Ini cukup jauh berbeza dengan pentadbiran zaman BN apabila pendapatan peneroka kurang daripada RM1,500 maka hutang akan ditangguhkan untuk pembayaran tersebut, ujarnya
Dalam masa yang sama beliau turut menyentuh berkaitan pasaran minyak kelapa sawit di peringkat antarabangsa yang turut menjejaskan pendapatan petani.
“Air Asia merupakan salah satu syarikat yang terbesar membeli ‘air bus’ yang dibuat oleh Perancis tapi Perancis ingin memboikot minyak kelapa sawit… pihak kerajaan Malaysia juga akan memboikot membeli jet atau kapal terbang dari Perancis, maka boikot ditangguhkan.”
Katanya, Perancis adalah negara yang memboikot dan menghalang minyak kelapa sawit di pasaran mereka tetapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjumpa pemimpinnya memaklumkan dan membincang serta menjelaskan bahawa minyak kelapa sawit tidak berbahaya kepada pengguna.
Lantas kerana itu katanya, pembelian sawit meningkat ekoran Kesatuan Eropah (EU) adalah pembeli terbesar tetapi hari ini kerajaan PH bukannya berbincang dan berjumpa pihak EU sebaliknya berkempen untuk minum minyak kelapa sawit pula.
“PH bukan hanya kerajaan gagal melaksanakan janji-janjinya terhadap peneroka Felda dan rakyat tetapi juga gagal melakukan tugas sebagai pentadbir negara.
“Kerajaan yang gagal, kerajaan yang penipu, kerajaan kencing dan inilah yang kita perlu berdepan dengan mereka. Sudahlah gagal menjaga kepentingan umat Islam, gagal menjaga kebajikan Melayu dan gagal menjaga kepentingan masyarakat luar bandar.
“Inilah hakikat kita di bawah kerajaan yang gagal, dulu orang kata kerajaan ini adalah kerajaan sepenggal, tapi kita harap kerajaan hari ini kerajaan separuh penggal dan saya harap kita semua bersedia kerana Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan bila-bila masa.”
Demikianlah Artikel RAKYAT MAKIN TERSEKSA DI BAWAH KERAJAAN PH... PENTADBIRAN GAGAL, PENUH HURU-HARA
Sekianlah artikel RAKYAT MAKIN TERSEKSA DI BAWAH KERAJAAN PH... PENTADBIRAN GAGAL, PENUH HURU-HARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RAKYAT MAKIN TERSEKSA DI BAWAH KERAJAAN PH... PENTADBIRAN GAGAL, PENUH HURU-HARA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/rakyat-makin-terseksa-di-bawah-kerajaan.html