PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA?

PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA?
link : PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA?

Baca juga


PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA?






Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengambil langkah yang terbaik memperkenalkan sistem cukai yang lebih telus dan efisen iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan sistem cukai yang regresif dan banyak kelompongan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tetapi pembangkang ketika itu membuat pelbagai fitnah serta tuduhan, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sekarang setelah terdapat gesaan dari beberapa pihak dan pakar-pakar ekonomi negara, adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah memansuhkannya sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan negara akan memperkenalkannya semula GST, soal Ahli Parlimen Lenggong itu dalam satu hantaran di Facebook.




“Jadi kalaulah kerajaan PH laksanakan semula GST. Agaknya ini ‘U-Turn’ tahap apa?

“Dan apa kita nak kata pada kerajaan PH terutama pemimpin PH macam Tony Pua, Rafizi?” tanyanya lagi.

Dilaporkan dalam media perdana, Ahli Parlimen Kangar dari PKR, Noor Amin Ahmad menyambut baik cadangan pelaksanaan semula GST kerana berpendapat bahawa sistem pencukaian berkenaan lebih baik.

Sebelum itu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi negara menggesa kerajaan PH memperkenalkan semula cukai GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Bajet 2020.

Pengerusinya, Kamal Salih menyifatkan GST sebagai sistem pencukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat.

Mengulas lanjut, Dr Shamsul dalam catatan di media sosialnya turut simpati ke atas Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan pada era BN dahulu tanpa jemu menyebarkan kebaikan GST berbanding SST tetapi dicemuh dan dikecam oleh golongan anti-GST dan ternyata kini rakyat sedar apa yang dibentangkan oleh Ahmad adalah penuh kebenaran.

Baru-baru ini juga, bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram turut menggesa kerajaan PH menggantikan SST yang dilaksanakan sejak 1 September tahun lalu kepada sistem percukaian yang lebih baik.

Pada Ogos tahun lalu, kerajaan PH melalui Dewan Rakyat berjaya meluluskan dua Rang Undang-undang (RUU) membabitkan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 dan RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, iaitu pemansuhan GST serta diganti dengan SST sebagai memenuhi janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Dalam penggulungan perbahasan RUU tersebut, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata: “Akhirnya, GST sudah mati.”

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan bersedia kaji semula pelaksanaan GST.




Demikianlah Artikel PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA?

Sekianlah artikel PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH LAKSANAKAN SEMULA GST? AGAKNYA INI 'U-TURN' TAHAP APA? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/10/ph-laksanakan-semula-gst-agaknya-ini-u.html

Subscribe to receive free email updates: