KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA?

KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA?
link : KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA?

Baca juga


KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA?







Kerajaan hari ini digesa memberikan penjelasan berhubung Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan sejurus Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu atas alasan untuk memulihkan hutang negara.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sehingga ke hari ini pemimpin Pakatan Harapan (PH) khasnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mengeluarkan kenyataan rasmi ke manakah perginya wang tersebut.

Menurut beliau Tabung Harapan Malaysia merupakan salah satu inisiatif yang lahir daripada retorik politik PH yang mendakwa Malaysia telah dibebani hutang yang ditinggalkan kerajaan lepas di mana negara berada di ambang muflis.

“Tabung ini dilancarkan pada 30 Mei 2018 sejurus PH memerintah negara dengan mengutip derma daripada rakyat atas alasan memulihkan hutang negara seperti yang didakwa PH.

“Sehingga hari ini tak ada apa-apa cerita dan tarikh akhir 14 Januari lalu PH memaklumkan jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia telah mencecah sebanyak RM202,716,775.10 dan status dana ini perlu dihebahkan kepada umum kerana ianya melibatkan wang rakyat.

“Hutang negara masih tidak susut, malah telah meningkat dengan mendadak sehingga RM1.1 trilion atau 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setakat akhir 2018,” katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau tiada inisiatif yang dilakukan kerajaan PH untuk mengatasi masalah hutang negara dan pada masa yang sama menambahkan lagi hutang negara dengan pinjaman dari negara luar seperti Bon Panda dan Bon Samurai.

Sehubungan itu tegas beliau lagi Kementerian Kewangan perlu menjelaskan status penggunaan dana Tabung Harapan Malaysia ini kepada masyarakat umum khasnya para penyumbang kerana ianya melibatkan soal intergriti dan ketelusan.

“Kerajaan PH adalah punca utama kepada peningkatan hutang negara sehingga menyebabkan ketidakstabilan ekonomi domestik serta menggunakan isu hutang negara sebagai retorik politik untuk kepentingan parti,” ujarnya lagi.




Demikianlah Artikel KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA?

Sekianlah artikel KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KE MANAKAH PERGI DUIT TABUNG HARAPAN MALAYSIA? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/08/ke-manakah-pergi-duit-tabung-harapan.html

Subscribe to receive free email updates: