RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH

RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH
link : RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH

Baca juga


RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH






Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat semakin tidak yakin dan muak dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun baharu sahaja setahun lebih mentadbir negara ini.

Rakyat juga katanya semakin melihat kepada kebenaran bahawa PH berjaya mendirikan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu atas fitnah dan penipuan semata-mata.



“Hari ini orang sudah tidak yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan, orang sudah muak dengan kerajaan Pakatan ini. Kerajaan Pakatan hari ini didirikan atas asas fitnah dan juga penipuan semata-mata.

“Mana-mana kerajaan yang didirikan atas fitnah akhirnya segala kejahatan akan terbuka dengan sendirinya. Pada hari ini apa yang dituduh kepada kita telah terbuka. Dulu rakyat marah kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bila tukar kepada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) harga barang tetap tidak turun.

“Tetapi sebaliknya, bukan setakat itu negara rugi RM23 bilion. Dulu RM44 bilion pendapatan GST, sekarang RM21 bilion sahaja dengan SST. RM23 bilion hilang semuanya itu untuk pembangunan dan membantu rakyat. Tetapi kerana mereka memfitnah kita seolah-olah mengabaikan rakyat dengan GST rakyat percaya,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Telok Kemang, semalam.

Turut sama, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli; Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi dan ADUN Bagan Pinang, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar.

Hadir sama, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad, kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) dari MCA dan MIC serta KIMMA dan PAS kawasan.

Begitu juga tambah Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, rakyat semakin tidak mempercayai kerajaan PH kerana gagal menangani isu yang melibatkan ekonomi rakyat.

“Janji macam-macam semua tak tunai… harga barang akan turun, yang turun bukan harga barang tapi harga komoditi harga kelapa sawit dan getah turun. Teruk Felda kerana harga kelapa sawit turun menjunam. Apa yang dia buat, pengumuman apa yang dibuat? Tiada apa… yang diumumkan, tanam buluh.

“Harga getah turun mendadak, kita (Barisan Nasional bagi insentif kepada penoreh getah RM200 sebulan untuk tiga bulan musim tengkujuh, bantuan RM500 ‘one off’ waktu harga getah menurun.

“Tetapi mereka hanya berkata jangan bimbang boleh menoreh musim hujan kerana susu banyak. Akhirnya rakyat semakin menderita,” kesalnya.

Oleh sebab itulah katanya, ramai rakyat yang berjumpa dengannya mengadu sudah tidak rela negara berada di bawah kerajaan PH.

“Sebab itulah hari ini kalau kita tanya rakyat, tiada siapa yang kata akan kekalkan kerajaan hari ini.

“Nelayan, petani, peneroka Felda semuanya bertanya soalan yang sukar untuk dijawab iaitu bila pilihan raya akan diadakan…kerana sudah jemu dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

“Sebab itu saya nampak apabila kita bersama dengan PAS, rakyat sudah bosan dengan kerajaan hari ini, semangat tidak pernah luntur di kalangan ahli UMNO, saya yakin kalau besok PRU15 diadakan, kita akan kembali menawan Putrajaya,” katanya.

Walaupun begitu tegasnya lagi, untuk mencapai kemenangan setiap ahli perlu menolak setiap unsur-unsur yang boleh melemahkan parti terutama masalah dalaman parti.

“Betul kita boleh menang dengan kekuatan perpaduan kita dengan PAS. Betul kita boleh menang kerana orang sudah benci dengan kerajaan hari ini, tetapi kalau kita bertelagah sesama sendiri kita tidak akan menang.

“Sekarang masa yang paling sesuai untuk kita bersatu kerana PH sedang berpecah-belah sesama sendiri, PH pecah begitu teruk secara terbuka,” ujarnya.




Demikianlah Artikel RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH

Sekianlah artikel RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAKYAT MUAK DENGAN PH... GAGAL TUNAI JANJI, MASIH MEMBUAT FITNAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/rakyat-muak-dengan-ph-gagal-tunai-janji.html

Subscribe to receive free email updates: