Judul : ANWAR SEMAKIN KUKUH, TUN M MAKIN TIADA RUANG LINDUNGI AZMIN
link : ANWAR SEMAKIN KUKUH, TUN M MAKIN TIADA RUANG LINDUNGI AZMIN
ANWAR SEMAKIN KUKUH, TUN M MAKIN TIADA RUANG LINDUNGI AZMIN
Ketika mula-mula timbul isu video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad secara terbuka mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan mengatakan video tersebut adalah palsu.
Kata Tun Mahathir, ramai orang yang ada kepandaian sekarang ini boleh melakukan perkara-perkara palsu seperti itu.
Beberapa ketika kemudian dan video yang lebih terang tersebar, Tun Mahathir terus mempertahankan Azmin dengan mendakwa, ia betul-betul dirancang untuk menjatuhkan seseorang.
Bagaimanapun, sejak polis mengesahkan video tersebut tulen, meskipun tidak dapat dikenalpasti siapa pelakunya, Tun Mahathir belum kedengaran lagi memberi reaksi mempertahankan Azmin.
Cuma, masyarakat umum menilai apa yang dinyatakan oleh polis itu seolah-olah mahu mengikut rentak yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir dalam melindungi Azmin.
Kata mereka, kenyataan polis itu terlihat janggal, sedangkan semua orang, meskipun dengan mata biasa dan tanpa apa-apa peralatan canggih, mudah saja mengenal pelaku dalam video tersebut.
Di waktu yang sama Azmin terus menunjukkan perbalahan terbuka dengan Anwar Ibrahim berhubung isu video tersebut, terutama apabila Presiden PKR iru menyebut Azmin hendaklah meletakkan jawatan jika terbukti dirinya adalah pelaku dalam video itu.
Dalam majlis retreat (pemukiman) yang melibatkan 140 para pemimpin PKR yang berakhir petang tadi, Azmin dan penyokongnya telah memulaukan program selama tiga hari itu.
Malah ketika Tun Mahathir hadir memberi ucapan pembukaan pun, Azmin tidak menampakkan wajahnya.
Di hari kedua di mana beliau sepatutnya memberikan ucapan selaku Timbalan Presiden PKR, Azmin sekali lagi tidak memunculkan dirinya.
Pendek kata, Azmin memang dengan sengaja memulaukan program itu, walaupun PKR sebenarnya merancang program pemukiman di Port Dickson ini sejak tiga bulan yang lalu.
Meskipun demikian, di sebalik tanpa kehadiran Azmin dan kumpulannya, pemukiman kali ini jelas menyaksikan kedudukan Anwar semakin kukuh sebagai Presiden PKR.
Dalam resolusi yang ditandatangani oleh 120 daripada 140 pemimpinnya (20 lagi tidak hadir), mereka memberikan sokongan penuh kepada Anwar dan melahirkan keyakinan kepada beliau untuk memacu dan memimpin PKR supaya terus menjadi tonggak kepada PH.
Dengan resolusi yang ditandatangani oleh 120 pemimpin PKR menyokong kepimpinan Anwar, tidak syak lagi beliau sama sekali tidak tergugat dalam perbalahan yang berlaku antaranya dengan Azmin.
Pimpinan PKR jelas masih menaruh kepercayaan kepada kepimpinan beliau, bukan saja untuk menerajui parti, bahkan juga untuk menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.
Sebaliknya, Azmin menjadi semakin lemah dan tersudut dalam PKR sekarang ini.
Dengan kedudukan ini, Tun Mahathir juga semakin tiada ruang lagi untuk terus membela, melindungi dan mempertahankan Timbalan Presiden PKR itu.
Bahkan, jika polis selepas ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang ditafsirkan ramai seolah-olah cuba melindungi Azmin, polis sendiri akan turut menerima kecaman ramai.
Jika Tun Mahathir mahu melihat PH kukuh dan tidak bermasalah, beliau tidak harus terus membuang masa melayan karenah kebudak-budakan yang ditunjukkan Azmin.
Tindakannya memulaukan pemukiman PKR dan tidak hadir ketika Tun Mahathir sendiri sanggup datang untuk menyampaikan ucapan, ia adalah ukuran yang seharusnya boleh dinilai sendiri oleh Perdana Menteri tentang siapa Azmin sebenarnya. - (Shahbudindotcom 21/07/2019)
Demikianlah Artikel ANWAR SEMAKIN KUKUH, TUN M MAKIN TIADA RUANG LINDUNGI AZMIN
Sekianlah artikel ANWAR SEMAKIN KUKUH, TUN M MAKIN TIADA RUANG LINDUNGI AZMIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ANWAR SEMAKIN KUKUH, TUN M MAKIN TIADA RUANG LINDUNGI AZMIN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/anwar-semakin-kukuh-tun-m-makin-tiada.html