PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS?

PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS?
link : PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS?

Baca juga


PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS?






Perlantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun 2019, menjadi suatu lagi bukti Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal mengotakan janjinya kepada rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, diketahui umum, PH berjanji membebaskan institusi penguatkuasa seperti SPRM dari sebarang pengaruh politik apatah lagi membuat lantikan ahli politik untuk mengetui SPRM.

“Ini kononnya mahu menjamin ketelusan dan kebebasan dalam institusi seumpama SPRM. Namun yang jelas KP SPRM ini adalah pemimpin dari PKR dan memang seorang ahli politik walaupun mendakwa telah meletakkan jawatan,” bidas beliau dalam kenyataan semalam.

Justeru soalnya, dimana janji dan prinsip PH kononnya mahu membebaskan institusi seperti SPRM daripada pengaruh politik, dan mereformasi serta memperkasakan SPRM ?

“Malah lebih menampakkan ketidakseriusan Kerajaan PH melaksanakan pembaharuan ialah apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang diwujudkan kononnya untuk melantik jawatan jawatan utama di sektor awam termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM nampaknya gagal berperanan.

“Ini juga menampakkan jawatankuasa yang pengerusikan oleh William Leong hanyalah bersifat simbolik atau boneka sahaja.

“Perlantikan ini dipercaya akan menjadi suatu lagi isu yang bakal dipertikaikan oleh pelbagai pihak terutama dikalangan rakyat. Kita bimbang konsep “rule of law” akan dicemari.”

Tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong, ini pasti akan meletakkan terus Malaysia dalam situasi yang tidak baik dari segi perundangan dan ia akan terus memberikan kesan nagetif pada kredebiliti Kerajaan PH.




Demikianlah Artikel PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS?

Sekianlah artikel PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PELANTIKAN LATHEEFA KOYA... BOLEHKAN SPRM JADI BADAN BEBAS? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/pelantikan-latheefa-koya-bolehkan-sprm.html

Subscribe to receive free email updates: