Judul : Tiga murid maut, guru wanita cedera
link : Tiga murid maut, guru wanita cedera
Tiga murid maut, guru wanita cedera
KOTA TINGGI - Tiga murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lukman Hakim, Felda Lok Heng maut apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka bersama seorang guru wanita terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di laluan Kota Tinggi-Bandar Penawar, berhampiran simpang Lok Heng di sini petang hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, ketiga-tiga murid lelaki berusia 16 hingga 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga murid itu dikenal pasti sebagai Mohamad Noriman Bastaman, 17, Daimg Muhammad Afeeq Mohd. Ateeq-ur Rahman, 16 dan Mohammad Syafawi Zayadi, 17.
Manakala guru wanita mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi di sini.
Difahamkan, guru tersebut dalam perjalanan membawa pulang kesemua murid terbabit daripada perlawanan Petanque di Semanchu ke Felda Lok Heng.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Abdul Rahim Abdul Rani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.31 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Selepas tiba di lokasi kita mendapati kemalangan membabitkan dua buah kereta iaitu sebuah Perodua Myvi dan Proton Wira.
"Perodua Myvi dinaiki seorang wanita yang turut cedera parah apabila patah kaki manakala Proton Wira dinaiki seorang guru dan tiga murid," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Abdul Rahim berkata, daripada maklumat, seorang murid tersepit di dalam kereta manakala dua orang lagi murid tercampak keuar dari kereta.
Katanya, kesemua mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.
Menurut Abdul Rahim, semua mayat di hantar ke HKT dan mangsa yang cedera turut dikejarkan ke hospital sama. - K! ONLINE
Tiga murid itu dikenal pasti sebagai Mohamad Noriman Bastaman, 17, Daimg Muhammad Afeeq Mohd. Ateeq-ur Rahman, 16 dan Mohammad Syafawi Zayadi, 17.
Manakala guru wanita mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi di sini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Abdul Rahim Abdul Rani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.31 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Selepas tiba di lokasi kita mendapati kemalangan membabitkan dua buah kereta iaitu sebuah Perodua Myvi dan Proton Wira.
"Perodua Myvi dinaiki seorang wanita yang turut cedera parah apabila patah kaki manakala Proton Wira dinaiki seorang guru dan tiga murid," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Abdul Rahim berkata, daripada maklumat, seorang murid tersepit di dalam kereta manakala dua orang lagi murid tercampak keuar dari kereta.
Menurut Abdul Rahim, semua mayat di hantar ke HKT dan mangsa yang cedera turut dikejarkan ke hospital sama. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel Tiga murid maut, guru wanita cedera
Sekianlah artikel Tiga murid maut, guru wanita cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga murid maut, guru wanita cedera dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/04/tiga-murid-maut-guru-wanita-cedera.html