Judul : Isu Equanimity - Adakah Kerajaan PH Telah Menjadi Pirates Of The Carrabians?
link : Isu Equanimity - Adakah Kerajaan PH Telah Menjadi Pirates Of The Carrabians?
Isu Equanimity - Adakah Kerajaan PH Telah Menjadi Pirates Of The Carrabians?
Gagal untuk mencari, mengektradisi dan menangkap orang yang paling dikehendaki oleh Kerajaan PH, Jho Low, nampak gayanya Kerajaan PH hanya berpuas hati dapat merampas aset individu berkenaan tanpa melalui lunas undang-undang.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa kapal Equanimity yang akan tiba di Pelabuhan Klang esok akan dipamerkan, dibida dan dijual kepada pembida tertinggi. Terdapat banyak kesalahan undang-undang di sini.
Pertama, adakah terdapat arahan mahkamah di Malaysia untuk merampas kapal layar tersebut? Jika tidak ada dari mana kuasa merampas ini diperolehi oleh Kerajaan PH?
Kedua, adakah Mahkamah Indonesia telah meluluskan perintah penghantaran barang rampasan ini? Atau adakah sekadar pakatan di antara Presiden Jokowi dan Tun Dr Mahathir? Adakah undang-undang antarabangsa membenarkan pencabulan seperti ini?
Ketiga, mana-mana Kerajaan tidak boleh melelong apa-apa barang milik orang lain yang dirampas kecuali setelah dibuktikan jenayah telah dilakukan dan mendapat penghakiman Mahkamah untuk rampasan berkenaan.
Kita tidak menentang sebarang usaha untuk merampas kapal layar terbabit jika ia terbukti hasil dari wang negara ini dicuri oleh Jho Low.
Namun tindakan harus berlandaskan undang-undang bukan bertindak semberono. Malaysia bukan sebuah negara komunis atau autokrasi yang membuat keputusan sesuka hati dan melanggar undang-undang yang sedia ada.
Demikianlah Artikel Isu Equanimity - Adakah Kerajaan PH Telah Menjadi Pirates Of The Carrabians?
Sekianlah artikel Isu Equanimity - Adakah Kerajaan PH Telah Menjadi Pirates Of The Carrabians? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Equanimity - Adakah Kerajaan PH Telah Menjadi Pirates Of The Carrabians? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/isu-equanimity-adakah-kerajaan-ph-telah.html