Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar

Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar
link : Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar

Baca juga


Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar

 | August 6, 2018
William Leong berkata, tidak bangkit isu rakyat di Selayang menjadi mangsa kerana beliau dan Anwar berasal dari PKR.
VIDEO INSIDE
William Leong tidak kisah menjadi kambing hitam kerana Anwar Ibrahim ialah tahanan politik dan perlu diberi peluang memimpin negara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Selayang, William Leong sedia meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu.

Beliau percaya ahli Parlimen PKR yang lain sedia melepaskan kerusi masing-masing demi kepentingan negara, jika Anwar meminta mereka berbuat demikian.
“Itu hanya desas-desus, khabar angin sahaja. Saya pun tidak tahu macam mana boleh tersebar,” katanya merujuk khabar angin tersebar di WhatsApp mendakwa Anwar akan bertanding di kerusi Parlimen Selayang.

“Jika sudah berbincang dan Selayang dipilih, saya bersedia untuk beri laluan kepada Anwar. Saya yakin 51 orang ahli Parlimen (PKR) juga akan berikan laluan kepada beliau,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Anwar menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR yang disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 2003.

Terdahulu, Wan Azizah berkata, beliau akan terus memegang jawatan dalam Kabinet dan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan, manakala anak sulung mereka, Nurul Izzah pula akan terus berkhidmat di Parlimen Permatang Pauh sehingga akhir penggal 5 tahun.

Leong berkata, tidak bangkit isu rakyat di Selayang menjadi mangsa kerana beliau dan Anwar berasal dari PKR.

“Boleh kata saya kambing hitam, tapi semua tahu dia adalah tahanan politik, mengapa tidak beri dia peluang pimpin negara untuk kebaikan bersama?”
Anwar merupakan pilihan pertama Pakatan Harapan sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal gabungan 4 parti itu untuk pilihan raya umum ke-14.

Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik sebagai perdana menteri ke-8.
FMT


Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Selayang sedia kosongkan kerusi untuk Anwar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/08/ahli-parlimen-selayang-sedia-kosongkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :