‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela?

‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela?
link : ‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela?

Baca juga


‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela?

Sinar harian
 Idris Ahmad
Idris Ahmad
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Isu jutawan kontroversi, Jho Low dan kapal mewahnya terus ‘menghangatkan’ sidang perbahasan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad meminta kerajaan telus dalam memberi penjelasan tuntas berkenaan kapal mewah The Equanimity dan Jho Low.
“Kita perlukan jawapan yang tegas daripada pihak kerajaan mengenai penahanan kapal mewah di Bali oleh polis Indonesia.  

“Isu ini telah menjadi polemik besar di dalam dan luar negara. Malaysia ini bumi, tempat dan negara kita , bagilah penjelasan,” desaknya ketika sidang perbahasan di Dewan Rakyat, petang tadi.

Naib Presiden Pas itu turut mengulang gesaan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Awang pada 2015 agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan kemelut 1MDB kerana sekiranya dibiarkan akan mengundang persepsi buruk terhadap negara. 

Kemudian, Ahli Parlimen Langkawi , Datuk Nawawi Ahmad bangun mencelah mempertahankan bahawa kapal mewah yang disita itu tiada kena mengena dengan 1MDB.

Idris terus mendesak siasatan rapi terhadap polemik besar ini agar tidak membangkitkan persepsi jelik terhadap negara .
“Perkara-perkara ini telah jadi polemik di peringkat dunia dan laporan daripada DOJ, kita harap biar jawapan yang tuntas diberikan termasuk siasatan rapi dibuat kerana kita tak mahu persepsi-persepsi sebagai negara patriotik, penduduk patriotik.

“Kita tak mahu apa saja yang berlaku di negara ini ia juga memberi kesan sama ada kepada kerajaan atau pembangkang,” jelasnya.

Tiba-tiba Ahli Parlimen  Kelana Jaya, Wong Chen bangkit mencelah dengan kritikan pedas.
“Apakah isu patriotik nak bela Jho Low ni? Apa ni? Dia tu hero ka? Dia bekas perajurit kah?

“Dia buat kerja apa sampai nak minta pelepasan sebegitu?
Soalan Wong Chen itu mencetuskan kemarahan Idris, beliau  mempertahankan bahawa gesaannya bukanlah bersifat membela jutawan kontroversi itu.  “Saya tak pernah bela Jho Low,  Kelana Jaya (Ahli Parlimen) ni satu hal juga cakap di luar pun banyak persepsi buruk terhadap Pas selalu burukkan  imej Pas di luar.
 “Saya tak ada bela pun Jho Low tadi, saya tak pernah  bela Jho low sebab patriotik.

 “Sebaliknya  saya minta supaya penyiasatan dijalankan, itu maksud sebenar saya. Jangan tuduh kata Pas bela Jho Low ini sikap yang tak baik, saya minta 1MDB disiasat dengan telus,” bidasnya.



Demikianlah Artikel ‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela?

Sekianlah artikel ‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Jho Low bukan patriot, buat apa bela? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/jho-low-bukan-patriot-buat-apa-bela.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :