Judul : Apa Amirudin Shari Buat Di Jerman Sedangkan Rakyat Selangor Menderita Tiada Air?
link : Apa Amirudin Shari Buat Di Jerman Sedangkan Rakyat Selangor Menderita Tiada Air?
Apa Amirudin Shari Buat Di Jerman Sedangkan Rakyat Selangor Menderita Tiada Air?
Ketika Rakyat Selangor sedang menderita akibat krisis bekalan air yang masuk hari ketiga dan antara yang paling buruk sejak diperintah Pakatan Pembangkang sepuluh tahun lalu, EXCO Kerajaan Negeri, YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves) boleh bersenang lenang di Berlin, Jerman.
Amiruddin dikatakan berada di Eropah untuk bercakap mengenai kebudayaan dan perlancoñgan Selangor, sedangkan EXCO Perlancongan Selangor disandang oleh YB Elizabeth Wong.
Amirudin dilantik sebagai ADUN dan Wakil Rakyat untuk berkhidmat untuk Rakyat dan bukannya untuk nenjadi badut kepada perwakilan asing.
Amirudin langsung tidak mempunyai rasa malu keluar negara lari daripada krisis yang menyebabkan penduduk Lembah Klang kini seperti berada di negara padang pasir.
Di dalam satu posting beliau di laman sosial Facebook, Amirudin berkata beliau kononnya akan membentangkan peta kebudayaan Selangor yang entah apa gunanya kepada mat-mat saleh di sana?
Program peta kebudayaan itu juga merupakan satu projek yang tidak membawa manfaat kepada Rakyat Selangor dan hanya sebagai alasan untuk beliau berjimba ke Eropah di saat Rakyat termasuk warga Batu Caves yang mengundinya sedang kesusahan.
Apabila pulang nanti, Rakyat Selangor mahu tahu apakah hasil yang terlalu hebat dan beliau perolehi di sana? Apakah kebaikan langsung kepada rakyat Selangor hari ini? Apakah pakej perlancongan yang dibawa Amirudin termasuk mercu tanda negeri Selangor iaitu Negeri Tiada Air?
Selain itu, rakyat Selangor juga perlu tahu siapa yang turut serta di dalam rombongan berkenaan dan berapa kos yang terpaksa dibayar dengan wang rakyat bagi menaja perjalanan Amirudin dan seluruh deligasi beliau?
Kalau beginilah sikap yang tidak peka ketika Rakyat Selangor menderita, Amirudin tidak layak sama sekali menjadi Wakil Rakyat bahkan EXCO di Selangor.
Demikianlah Artikel Apa Amirudin Shari Buat Di Jerman Sedangkan Rakyat Selangor Menderita Tiada Air?
Sekianlah artikel Apa Amirudin Shari Buat Di Jerman Sedangkan Rakyat Selangor Menderita Tiada Air? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Amirudin Shari Buat Di Jerman Sedangkan Rakyat Selangor Menderita Tiada Air? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/apa-amirudin-shari-buat-di-jerman.html