C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah?

C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah?
link : C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah?

Baca juga


C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah?

cynthia-1
Cynthia Gabrielberkata, manifesto pilihan raya PH ialah “iltizam politik sangat besar”. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mengalu-alukan matlamat Pakatan Harapan (PH) menghapuskan rasuah, tetapi kurang pasti sejauh mana pakatan pembangkang itu bersedia melaksanakan pembaharuan diperlukan sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel berkata, matlamat yang tertera dalam manifesto PH untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah “iltizam politik sangat besar.”

Beliau berkata, ini bermakna lebih banyak semak dan imbang boleh dilakukan dan pengurangan kuasa untuk parti pemerintah.
“Tidak ada kerajaan yang mahukan ini,” katanya.

Ia juga bermakna mengambil langkah bagi menjadikan institusi utama lebih bebas, akses mudah kepada maklumat, pengisytiharan harta oleh ahli politik dan kawal selia ke atas pembiayaan parti politik.
“Itu ialah apa yang kita perlukan. Badan kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bebas mesti bersedia mengambil tindakan terhadap pemimpin tertinggi negara, sekiranya perlu,” katanya kepada FMT.

Cynthia berkata, kerajaan perlu bersedia berkongsi maklumat dengan orang awam, termasuk dalam perkara seperti perjanjian perdagangan, belanjawan kerajaan dan kontrak awam.

Katanya, langkah itu perlu bagi menghapuskan rasuah pada aras berstruktur.
Beliau berkata, pemilihan majlis tempatan perlu dikembalikan bagi menghalang pelantikan “pak turut” daripada melaksanakan dasar hanya kerana mereka memihak kepada parti pemerintah.

“Sekiranya mereka mewujudkan mekanisme sebegini, anda boleh menghindari skandal rasuah besar berlaku, dan itu adalah langkah maju yang boleh menghalang kedudukan kita merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).”
Dalam manifesto PRU14 yang dilancarkan baru-baru ini, PH mengumumkan matlamatnya menjadikan Malaysia antara 10 negara teratas paling kurang korup dalam CPI Transparency International (TI) menjelang 2030.

Malaysia jatuh 7 tangga dalam CPI TI untuk 2017, dengan menduduki tangga ke-62 daripada 180 negara berbanding kedudukan ke-55 pada 2016 dan 54 pada 2015.

Cynthia berkata, ada keperluan mengurangkan kuasa kepada seorang pemimpin dalam kerajaan.
Katanya, tidak patut ada pelantikan bertindih dalam portfolio sensitif seperti timbalan perdana menteri juga dilantik menteri dalam negeri dan perdana menteri berperanan sebagai menteri kewangan.

Dalam manifestonya, PH berjanji menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memperkenalkan subsidi minyak bersasaran, menghapuskan hutang peneroka Felda, membolehkan suri rumah mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Menyamaratakan gaji minimum.

Ia juga bertekad mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, menangguhkan pembayaran balik hutang PTPTN bagi peminjam berpendapatan kurang RM4,000 sebulan, skim “penjagaan kesihatan” untuk semua, serta penyiasatan terbuka ke atas skandal yang berlaku dan kajian semula projek mega.


Demikianlah Artikel C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah?

Sekianlah artikel C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel C4: Bersediakah PH laksana reformasi anti rasuah? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/03/c4-bersediakah-ph-laksana-reformasi.html

Subscribe to receive free email updates: