Judul : H355 PADANG MERBOK
link : H355 PADANG MERBOK
H355 PADANG MERBOK
Harap MP Islam sokong pindaan RUU355
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap dalam Himpunan 355 petang ini. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Islam diharap supaya dapat memberi sokongan terhadap pindaan RUU355 dalam sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pindaan RUU355 amat penting kepada umat Islam bagi memartabatkan bidang kuasa mahkamah syariah sedia ada.
"Kita telah memilih wakil-wakil rakyat dan kita nak suara rakyat dizahirkan di Parlimen dalam sesi persidangan akan datang,"katanya ketika berucap di Himpunan 355, hari ini.
Menurut Ahmad, setelah sekian lama akta berkenaan tidak dipinda, ia amat pentjng kepada umat Islam kerana dapat mencegah perbuatan-perbuatan jenayah.
Sehubungan itu, beliau berkata setiap peserta yang hadir dalam himpunan tersebut akan dirahmati oleh ALLAH kerana bersama-sama bangkit bagi memperjuangkan syariat Islam.
"Saya juga memberi sokongan penuh terhadap usaha ini dan amat terharu dengan kehadiran orang ramai ke sini," katanya.
Menerusi himpunan yang dianjurkan tersebut, Ahmad turut berharap agar suara rakyat akan dapat didengar bagi memastikan pindaan tersebut dapat dilaksanakan.
Demikianlah Artikel H355 PADANG MERBOK
Sekianlah artikel H355 PADANG MERBOK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel H355 PADANG MERBOK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/h355-padang-merbok.html