Judul : [Video Part 1 & Part 2-Audio 'Nik Abduh' terima duit Umno] Penang Tunnel Project - Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng.
link : [Video Part 1 & Part 2-Audio 'Nik Abduh' terima duit Umno] Penang Tunnel Project - Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng.
[Video Part 1 & Part 2-Audio 'Nik Abduh' terima duit Umno] Penang Tunnel Project - Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng.
Rabu, 28 Februari 2018Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim masih belum ditahan oleh SPRM untuk siasatan atas dakwaan menerima jutaan sebagai bayaran rundingan untuk projek terowong bawah laut negeri itu.
"Kenapa Azeez tidak ditangkap, kenapa dwi-standard? Kenapa SPRM pilih kasih?
“Adakah mereka benar-benar cuba menyiasat kegiatan rasuah?" soal Lim, sambil menambah bahawa malah Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy juga disoal-siasat berhubung projek berkenaan.
"Saya mempersoalkan mengapa SPRM gagal melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya. Saya menjangkakan saya akan dipanggil tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.
Adalah dilaporkan semalam bahawa Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd membayar sejumlah RM22 juta kepada seorang ahli politik Umno dan seorang ahli perniagaan untuk kerja-kerja rundingan.
Zenith dikatakan mengeluarkan surat tuntutan kepada Azeez dan seorang tokoh perniagaan yang tidak dinamakan kerana gagal menyempurnakan kerja-kerja rundingan itu, walaupun setelah dibayar RM3 juta dan RM19 juta masing-masing.
Azeez menafikan dirinya menerima wang berkenaan, manakala tokoh perniagaan itu ditahan di Putrajaya semalam.
Lim berkata perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, tetapi tidak ada seorang pun ahli majlis yang mengetahui perkara tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang kita semua tidak tahu sama sekali, dan kita akan meminta Zenith untuk menjelaskannya.
"Paling penting, kita akan menunggu penjelasan mereka," kata ketua menteri itu.
malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Part 1 & Part 2-Audio 'Nik Abduh' terima duit Umno] Penang Tunnel Project - Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng.
Sekianlah artikel [Video Part 1 & Part 2-Audio 'Nik Abduh' terima duit Umno] Penang Tunnel Project - Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Part 1 & Part 2-Audio 'Nik Abduh' terima duit Umno] Penang Tunnel Project - Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/video-part-1-part-2-audio-nik-abduh.html