Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia

Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia
link : Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia

Baca juga


Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia

 | February 28, 2018
Pengerusi Bersih 2.0 meminta belia menyalurkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka dengan melalui undi.
maria-chin
Maria berkata mengundi akan banyak membantu membawa perubahan di Malaysia. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyeru golongan muda keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap situasi politik negara melalui undi.
Bercakap kepada FMT, katanya, beliau memahami rasa tidak puas hati mereka terhadap parti pemerintah dan pembangkang, tetapi menggesa mereka tidak menjadikannya alasan tidak mengundi.

Beliau berkata, mereka yang marah dengan apa berlaku di dalam negara harus menyalurkan emosi mereka kepada tindakan positif untuk perubahan.
“Tindakan itu ialah keluar mengundi kerana ia banyak membantu dalam membawa perubahan di Malaysia.

“Banyak mesej sudah disampaikan, tetapi masih tidak cukup untuk menggalakkan mereka mengundi, jadi saya rasa tiada apa yang kita boleh lakukan. Mereka harus sedar sendiri.”

Beliau mengulas hasil tinjauan pilihan raya yang dijalankan di seluruh negara oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bulan lepas.
Tinjauan itu mendapati lebih separuh daripada 1,092 pengundi berusia antara 21 hingga 35 tahun, berkata mereka tidak berminat dalam politik.
Antara kebimbangan belia adalah ekonomi, hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Maria berkata, kerajaan harus memberi lebih banyak ruang untuk belia atas perbezaan pendapat mereka.
“Kerajaan tidak patut menjadikan kebebasan bersuara satu jenayah. Apabila seseorang ditahan kerana memuat naik sesuatu di media sosial, ia dilihat seperti menghalang kebebasan bersuara rakyat.

“Jangan salah guna undang-undang. Rakyat penat dan bosan kerana mereka tidak diberi ruang yang cukup,” katanya sambil menambah ini menyumbang kepada kurangnya minat terhadap politik dalam kalangan belia.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak membincangkan gerakan #UndiRosak yang menyeru pengundi merosakkan undi bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Kempen itu dibalas dengan gerakan #MaraBersama yang diketuai Organisation for National Empowerment (ONE) bagi mengubah sikap belia daripada tidak ambil peduli kepada berpandangan positif terhadap masa depan Malaysia.



Demikianlah Artikel Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia

Sekianlah artikel Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/kecewa-bukan-alasan-mari-mengundi-maria.html

Subscribe to receive free email updates: