[TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS

[TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS
link : [TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS

Baca juga


[TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS


Baharudin, isteri macam belangkas


Sekali pandang macam ibu dengan anak. Tapi siapa sangka, pasangan yang bagai merpati dua sejoli ini sebenarnya merupakan suami isteri.

Baharudin Wok, 60, dan isterinya, Silong Usiah Hamid, 73, sangat dikenali penduduk di sini berikutan keakraban yang ditunjukkan mereka umpama pasangan yang baru bercinta.

Mereka kerap dilihat meluangkan masa bersama menunggang motosikal dari Felda Bukit Puchong ke Bandar Triang, dan tidak pernah ketinggalan singgah bersarapan di Kedai Makan De Corner, dekat sini.

Oleh kerana jarak usia mereka 13 tahun, ramai yang beranggapan Baharudin seorang ‘anak’ yang baik kerana sanggup membawa ‘ibunya’ ke mana-mana sahaja, dan kerap memimpin tangan Silong Usiah ke mana sahaja mereka pergi.

“Orang tak kenal memang fikir mak saya. Bukan mak saya ni...ni isteri saya.

“Saya sayang sangat dengan dia ni...mana-mana pergi memang berdua. Setiap hari lepas senamrobik, saya datang sini, makan bersama untuk hiburkan hati isteri saya,” katanya.

Kehadiran pasangan ini di Kedai Makan De Corner, baru-baru ini, menarik perhatian pelanggan lain apabila dia turut menyanyi beberapa lagu sambil memimpin tangan isterinya, malah sempat merakamkan video setiap gerak-geri isterinya.

Semasa menunggu hidangan tiba, dia masih menyanyi semata-mata untuk menghiburkan hati Silong Usiah sambil menunggu isterinya itu menyuapkan makanan.

Menurut Baharudin, dia menikahi Silong Usiah atau mesra dipanggil Zaharah pada usianya 19 tahun, dan walaupun jarak usia mereka jauh, dia menganggap isterinya itu jodoh terbaik yang dikurniakan ALLAH kepadanya.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang masing- masing kini sudah berumahtangga dan menetap di Shah Alam, Damansara dan Puchong, Selangor.

“Saya teruna, berkahwin dengan isteri status janda. Tapi, tiada masalah, dah jodoh saya,” katanya.

Difahamkan, Silong Usiah menghadapi masalah mata dan tidak boleh melihat dengan jelas.

Dia perlu dipimpin Baharudin sepanjang masa, sementara Baharudin pula menhidap penyakit gout.

Sementara itu, pengusaha kedai berkenaan, Siti Rokimah Husin berkata, setiap hari pasangan suami ister tu akan datang menikmati sarapan di kedainya.

“Memang macam tu lah hari-hari, kedai makan ni gamat dengan telatah mereka berdua.

“Pelanggan lain pun sentiasa terhibur dengan apa yang dilakukan Baharudin kepada isterinya,” katanya kepada Sinar Harian.




Demikianlah Artikel [TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS

Sekianlah artikel [TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TRIANG] BAHARUDIN, ISTERI MACAM BELANGKAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/triang-baharudin-isteri-macam-belangkas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :