[KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT

[KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT
link : [KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT

Baca juga


[KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT


Taugeh N Kucai jadi bualan hangat


Memandangkan perniagaan berasaskan trak makanan ataupun lebih dikenali kendera saji semakin popular, pasangan suami isteri di sini menawarkan pilihan terbaru buat penggemar char kueteow.

Memulakan perniagaan tersebut sejak dua tahun lalu, nama 'Taugeh N Kucai' mula menjadi sebutan buat mereka yang menggemari menu tersebut.

Diusahakan Wahyu Hidayat Hashim, 39, bersama isterinya, Jasmin Ali, 34, nama tersebut menjadi pilihan kerana lebih dekat dengan budaya tempatan selain mudah diingati.

Jasmin berkata, sebelum ini mereka hanya beroperasi di sebuah gerai sebelum beralih arah dengan konsep kendera saji yang menjadi trend di negara ini.

“Setakat ini kami terima sambutan baik daripada orang ramai kerana boleh dikatakan

hanya kami saja tawarkan menu ini guna food truck di bandar ini.

“Dengan konsep ini, kami mudah bergerak selain dapat mengikuti perkembangan semasa dengan minat masyarakat yang sukakan konsep moden dan santai,“ kata bekas pekerja hotel itu lagi.

Menurutnya, setakat ini menu tersebut menerima maklum balas positif daripada pelanggannya.

“Kami di sini menggunakan kerang segar yang dikopek sendiri untuk bahan masakan char kueteow.

“Mungkin itu menyebabkan rasanya berlainan dan diterima pelanggan,“ katanya lagi.

Dalam pada itu, Wahyu berkata, dia bukanlah seorang tukang masak sebelum ini.

Sebaliknya bekas pengurus sebuah resort di Terengganu itu mendapatkan ilmu dan kemahiran selepas melihat chef bekerja dan memasak di dapur.

“Kami berharap dapat mengembangkan perniagaan dan jenama Taugeh N Kucai, selain menjadikan ia pilihan orang ramai.

“Setakat ini kami dah beroperasi di pelbagai lokasi di bandar ini, antaranya di Jalan Bank dan depan Kompleks Kuantan City Mall.

“Kami beroperasi setiap hari bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam dengan tawaran harga berpatutan,” katanya lagi.

Antara menu yang disediakan ialah char kueteow kerang, udang, sotong selain mi goreng serta kerang rebus.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT

Sekianlah artikel [KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] TAUGEH N KUCAI JADI BUALAN HANGAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kuantan-taugeh-n-kucai-jadi-bualan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :