Judul : Pelayan Lelaki Sanggup Berhabisan Wang Untuk Kecantikan
link : Pelayan Lelaki Sanggup Berhabisan Wang Untuk Kecantikan
Pelayan Lelaki Sanggup Berhabisan Wang Untuk Kecantikan
PERANCIS - Seorang lelaki telah menunjukkan perubahan dramatiknya pada bahagian bibir apabila telah menghabiskan lebih dari £ 8,500 (9,600 Euro) hanya untuk pembentuk bibir dan botox kerana mahu kelihatan muda seperti idolanya Marilyn Monroe.
Cyril Roux, 32, dari Toulon, Perancis, menunjukkan bibirnya yang disuntik dengan pembentuk bibir setiap dua bulan sekali dan telah menghabiskan lebih dari £ 3,500 (4,000 Euro) untuk bibirnya sahaja.
Lelaki yang bekerja sebagai pelayan itu berkata dia memulakan rawatan kosmetik kerana dia mahu kelihatan lebih muda seperti idolanya, Marilyn.
Cyril, telah menjalani lebih daripada 20 prosedur dalam tempoh 18 bulan yang lalu, kini berharap untuk melakukan perubahan kepada hidung bersama dengan implan dagu dan pipi, untuk membuat perubahannya lebih jauh lagi.
Lelaki perancis itu berkata dia mendapati orang sekeliling ketawa kepadanya, tetapi dia berkata bangga dengan pandangan orang terhadapnya.
Dia menjelaskan bagaimana dia memulakan prosedur itu dan berkata dia mula tertarik untuk melakukan prosedur kosmetik itu apabila melihat idolanya Marilyn Monroe dan mahu kelihatan muda sepertinya.
Cyril menjelaskan telah melakukan prosedur utama pada usia 26 dengan mengambil suntikan botox dan ia merupakan pengalaman hebat dan membuatkan dia berasa mahu perubahan yang lebih banyak.
“Saya kini telah membuat lebih daripada dua puluh prosedur termasuk enam belas pembentuk bibir sepanjang tahun lalu, yang mana mengandungi satu mililiter setiap suntikan yang diambil setiap dua bulan.
“Saya kini telah menghabiskan lebih dari £ 3,500 (4,000 Euro) di bibir saya sahaja dan lebih dari £ 5,000 (5,700 Euro) mengenai prosedur kosmetik secara keseluruhan.” katanya
Cyril mengakui bahawa dia menjadi ketagih dengan rawatan kosmetik dengan mengatakan dia kini mempunyai rancangan untuk prosedur lanjut di atas pembentuk bibirnya yang biasa.
Walaubagaimanapun, dia perlu memperolehi lagi £ 2,000 (2,300 Euro) sebelum dia boleh menjalani prosedur yang akan datang iaitu perubahan terhadap hidungnya di Tunisia.
“Saya berharap dapat menjalani prosedur perubahan hidung dan mendapatkan implan dagu dan pipi pada masa akan datang,” katanya.
Menurut Cyril dia adalah seorang yang ketagih suntikan.
Walaupun menerima tindak balas negatif daripada orang yang tidak dikenali, dia mengatakan bahawa dia akan meneruskan transformasi ekstremnya.
“Saya sering mendapat hinaan, orang yang saya tidak kenali kadang-kadang mentertawakan saya dan mengatakan saya kelihatan pelik apabila mereka melihat saya.”kata Cyril.
Dia bangga menjadi 'lelaki plastik' dan akan terus melakukannya dan tidak kisah dengan apa yang orang kata dan lihat kepadanya.
"Pada penghujungnya, kecantikan sangat penting bukan untuk orang lain melainkan diri sendiri."katanya . Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Pelayan Lelaki Sanggup Berhabisan Wang Untuk Kecantikan
Sekianlah artikel Pelayan Lelaki Sanggup Berhabisan Wang Untuk Kecantikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelayan Lelaki Sanggup Berhabisan Wang Untuk Kecantikan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/pelayan-lelaki-sanggup-berhabisan-wang_31.html