Judul : 15 Gambar Wanita Hamil Ini Berani Berfoto Dengan Beribu Ekor Lebah. Lihat Apa Yang Berlaku Pada Bayinya.
link : 15 Gambar Wanita Hamil Ini Berani Berfoto Dengan Beribu Ekor Lebah. Lihat Apa Yang Berlaku Pada Bayinya.
15 Gambar Wanita Hamil Ini Berani Berfoto Dengan Beribu Ekor Lebah. Lihat Apa Yang Berlaku Pada Bayinya.
Namun berita yang amat mengejutkan dari Emily dan suaminya Ryan Mueller menyatakan bahawa bayi mereka telah meninggal dunia ketika dilahirkan. Berita sedih ini di kongsikan melalui laman Facebook mereka.
"Bayi kami telah disahkan meninggal dunia, dia adalah pelangi indah dalam hidup kami, walaupun kami tak dapat bawa dia pulang bersama,"kata Emily.
Emily, yang sudah mempunyai tiga orang, berkata dia sedang bersiap untuk mengadakan acara pada hari Khamis dan tidak menyedari pergerakan bayi.
"Pada waktu malam, saya mula menyedari bahawa saya tidak merasa banyak pergerakan dan mengalami kontraksi yang sangat berbeza dari hari sebelumnya.
Disebabkan ingin menyedapkan perasaan ,saya memberitahu diri saya bahawa dia sedang tidur. Namun saya berasa begitu selesa dengan keadaan ini,"kata Emily.
Dia dan suami akhirnya membuat keputusan untuk pergi ke hospital dan memeriksa denyutan jantung bayi mereka. Alangkah sedihnya ketika mengetahui bahawa bayi didalam kandungan nya telah meninggal dunia, enam hari sebelum waktu dia bersalin.
Namun mereka terpaksa akur dengan pemergian anaknya yang diberi nama Emersyn Jacob. Emily dan suaminya merupakan penternak lebah dan pemilik Mueller Honey Bee and Rescue sememangnya telah bercadang untuk bergambar bersama lebih mereka semasa mengandung kan Emersyn Jacob.
"Ramai yang menyatakan kepada saya bahawa tiada sebarang kajian menunjukkan bagaimana sengatan lebah dapat mempengaruhi janin,"katanya.
Emily mendakwa bahawa dia telah disengat oleh lebah sebanyak empat kali ketika melakukan pengambaran semasa dia mengandung.
Namun dia tidak menyalahkan sengatan lebah itu yang menyebabkan bayi nya meninggal dunia tetapi akibat masalah penggumpalan darah yang sebelum ini juga pernah di alaminya serta menyebabkan dia keguguran.
"Perasaan saya amat kuat menyatakan ini adalah masalah pembekuan darah kerana ciri-ciri ini telah mewarisi keluarga terdekat kami," katanya.
Dia dan suaminya memutuskan untuk menghantar uri bayi tersebut untuk pemeriksaan punca kematian bayi mereka.
Kebanyakan para netizen mengatakan bahawa bayi tersebut meninggal dunia kerana aksi berani Emily bersama lebah. Bagaimana pendapat anda? Sumber: IniSerius.net. Editor: Ila
Demikianlah Artikel 15 Gambar Wanita Hamil Ini Berani Berfoto Dengan Beribu Ekor Lebah. Lihat Apa Yang Berlaku Pada Bayinya.
Sekianlah artikel 15 Gambar Wanita Hamil Ini Berani Berfoto Dengan Beribu Ekor Lebah. Lihat Apa Yang Berlaku Pada Bayinya. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 15 Gambar Wanita Hamil Ini Berani Berfoto Dengan Beribu Ekor Lebah. Lihat Apa Yang Berlaku Pada Bayinya. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/15-gambar-wanita-hamil-ini-berani_31.html