(KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan

(KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan
link : (KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan

Baca juga


(KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan


IPOH: Dalam serbuan pada Khamis lalu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak  dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPK) , sejumlah 396 unit keropok siap dibungkus dan 1,600 unit plastik pembungkusan yang mempunyai perkataan halal tulisan jawi dan rumi telah disita.

 (KPDNKK) Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Gopeng dekat sini dan merampas produk keropok udang keluaran kilang itu kerana menggunakan logo halal yang meragukan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan dibuat selepas mendapat aduan orang awam berhubung penggunaan logo halal pada produk keropok udang yang dijual syarikat yang telah beroperasi selama dua tahun itu.

Katanya, hasil siasatan terhadap lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai pemilik syarikat berkenaan, keropok mentah itu dibawa masuk dari Indonesia dan digoreng di premis tersebut sebelum dipasarkan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) sepanjang laluan Tapah hingga Tanjung Malim.

“KPDNKK memandang serius berhubung premis perniagaan yang menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barang-barang keluaran mereka, serta melanggar undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Peniaga perlu tahu akan kesalahan yang melibatkan makanan, barangan dan perkhidmatan serta penggunaan logo halal atau apa-apa representasi yang menunjukkan bahawa makanan atau barang-barang yang boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam,” kata Shamsul Nizam.

Tambah beliau, Pegawai Pengkuatkuasa KPDNKK negeri telah diarah melakukan pemeriksaan terhadap keropok udang berkenaan di seluruh negeri bermula dari Tanjung Malim hingga ke Parit Buntar.

Tambahnya, pegawai dari JAIPK juga telah mengesahkan syarikat tersebut tidak pernah membuat permohonan sijil halal untuk produk keropok udang tersebut. Sumber: Astro Awani – Editor: Amylea Nazrul









Demikianlah Artikel (KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan

Sekianlah artikel (KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (KPDNKK) Perak Rampas Keropok Udang Guna Logo Halal Mencurigakan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kpdnkk-perak-rampas-keropok-udang-guna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :