Judul : Kecoh Seorang Lelaki Bogel Menunggang Motosikal Di Teluk Intan
link : Kecoh Seorang Lelaki Bogel Menunggang Motosikal Di Teluk Intan
Kecoh Seorang Lelaki Bogel Menunggang Motosikal Di Teluk Intan
TELUK INTAN: Seorang lelaki berbangsa Cina mencetuskan kekecohan dan menarik perhatian orang ramai di Teluk Intan, Perak apabila menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.
Gelagat lelaki berkenaan dikatakan menunggang sebuah motosikal berwarna biru tanpa mengenakan sebarang pakaian dan topi keledar telah dirakamkan dan dipercayai dalam sekitar jam 4 petang.
Tanpa menghiraukan pandangan pengguna dan orang ramai yang berada di situ, dia dikatakan dengan selamba bersiar di sekitar pekan, malah sempat berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau di sebuah simpang di situ.
Kelibat lelaki yang dipercayai kurang siuman itu mula tular di media sosial sekitar jam 5 petang, apabila gambarnya dalam pelbagai sisi dikongsi di Facebook dan Whatsapp. Turut dikongsi video selama 20 saat itu menunjukkan lelaki itu menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan diterima daripada orang awam berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, pihaknya telah melancarkan operasi bagi mengesan individu terbabit.
"Tiada laporan diterima setakat ini, dan polis sedang mengesan lelaki itu," katanya.
Menerusi perkongsian di laman sosial, rata-rata terkejut dengan tindakan lelaki itu dan menganggap ia hanya mampu dilakukan individu tidak siuman.
Lelaki berkenaan dilaporkan berlegar di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Maharajalela. Dan di syaki di bawah pengaruh dadah
"Ada beberapa saksi melaporkan dia menunggu di hadapan lampu isyarat dengan tenang. Dia kelihatan seperti tidak sedar bahawa dia sedang berbogel," kata laporan itu. Sumber: Astro Awani -- Editor: Amylea Nazrul
Demikianlah Artikel Kecoh Seorang Lelaki Bogel Menunggang Motosikal Di Teluk Intan
Sekianlah artikel Kecoh Seorang Lelaki Bogel Menunggang Motosikal Di Teluk Intan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kecoh Seorang Lelaki Bogel Menunggang Motosikal Di Teluk Intan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kecoh-seorang-lelaki-bogel-menunggang.html