Judul : Pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) 2017
link : Pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) 2017
Pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) 2017
Satu surat siaran bagi pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian telah diedarkan kepada semua JPN pada 31 Oktober 2017 yang lalu.
Sehubungan itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di halaman utama i-THINK ini.
Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh disebarkan kepada pengguna lain.
Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 - 3 jam sehari).
Pengguna diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.
Selamat Berkursus, semoga berjaya menamatkannya dan mendapat voucher.
Tarikh tamat KURSUS: 31 Disember 2017
Muat Turun: Surat Siaran KiLT
Laman web rasmi KiLT : http://ift.tt/2Azw9oC
loading...
Demikianlah Artikel Pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) 2017
Sekianlah artikel Pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) 2017 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/pelaksanaan-kursus-i-think-secara-luar.html