Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’

Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’ - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’
link : Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’

Baca juga


Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’

 | November 12, 2017
Timbalan menteri berkata kenyataan Zamihan yang dilihat menghina perdana menteri tidak wajar diutarakan oleh seorang yang dikatkan 'aset' penting kerajaan.
jazlan-zamihan1JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecewa dengan sikap penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin yang dilihat terus-terusan memperlekehkan amaran dan nasihat yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap kenyataan yang dikeluarkannya.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kenyataan Zamihan yang dilihat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, berkaitan pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), tidak wajar diutarakan oleh seorang yang dikatakan sebagai ‘aset’ penting kerajaan.

“Kita kecewa kerana sebelum ini dia (Zamihan) telah mencabar institusi diraja, keagamaan dan baru-baru ini Perdana Menteri pula jadi sasarannya. Kita memang tidak mempertikaikan kewibawaan beliau dalam menjalankan tugas di KDN tetapi sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau tidak boleh bertindak secara peribadi.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pengiktirafan kepada kebolehan beliau, saya tetap mahu dia tutup mulut, berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dan kalau memang dia tidak boleh menerima dasar kerajaan, dia boleh keluar,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas video Zamihan berdurasi 2 minit 27 saat yang viral baru-baru ini yang menyifatkan tindakan perdana menteri membenarkan pembinaan KSCIP sebagai tindakan “kurang cerdik”.

Menurut Nur Jazlan, sebagai pegawai KDN, Zamihan juga perlu berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan terutamanya dalam hal berkaitan keganasan dan tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan semula peranan Zamihan di KDN.

“Setiap perkataan yang beliau keluarkan kepada awam itu menggambarkan imej dan integriti KDN. Saya juga minta beliau untuk tidak mensensasikan keadaan keganasan yang agak tegang yang sedang berlaku di Timur Tengah.

“Segala pertuturan beliau dipantau dan boleh menimbulkan masalah, jadi saya minta beliau untuk senyap. Sekiranya beliau masih juga berdegil dan masih memberikan kesulitan kepada KDN, kita mungkin akan nilai kembali peranan dia kepada kementerian dalam mendamaikan tahanan pengganas.”

Menurutnya lagi, tindakan mempersoalkan pembinaan KSCIP di atas tanah seluas 16 hektar di Putrajaya juga dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan yang menjalin kerjasama yang baik dengan Arab Saudi, lebih-lebih lagi KSCIP merupakan ilham peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Kenapa dia (Zamihan) perlu mempersoalkan pembinaan KSCIP, sedangkan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi dan pembinaan bangunan tersebut juga boleh membantu kepada pembangunan agama Islam dalam negara.

“Dia sebagai seorang anggota kerajaan tidak boleh memberikan pandangan peribadi, itu melanggar dasar yang dibuat oleh kerajaan, kalau dia tak suka dia kena berhenti lah,” tegasnya.

Zamihan merupakan seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang dipinjamkan kepada KDN dan kini ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) dan merupakan penolong setiausaha kanan Bahagian di Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN.

Zamihan sebelum ini ditahan reman 2 hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya yang didakwa mengkritik Sultan Johor berhubung titah mengenai kedai dobi layan diri untuk orang Islam saja. FMT


Demikianlah Artikel Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’

Sekianlah artikel Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluar kalau tak suka, kata Nur Jazlan kepada ‘aset penting’ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/keluar-kalau-tak-suka-kata-nur-jazlan.html

Subscribe to receive free email updates: