Judul : DAP Memang Parti Rasis Cina, Jangan Salahkan BN!
link : DAP Memang Parti Rasis Cina, Jangan Salahkan BN!
DAP Memang Parti Rasis Cina, Jangan Salahkan BN!
DAP sering memomok-momokkan MCA sebagai parti orang Cina. Ya, itu memang tidak dinafikan. MCA telah dibentuk dan ditubuhkan sebelum Malaya merdeka sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Cina, MIC mewakili masyarakat India dan UMNO mewakili masyarakat Melayu yang mewakili 3 bangsa terbesar di Malaya ketika itu. Ketiga-tiga parti ini bergabung sebagai satu perikatan dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Itu sejarah.
Berlainan dengan DAP. DAP dibentuk daripada pecahan parti PAP Singapura. DAP sering mendabik dada sebagai parti 'multiracial' atau parti berbilang kaum. Benarkah dakwaan demikian? Di dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam, hanya 3 daripada 20 Ahli Jawakankuasa CEC DAP yang dipilih adalah bukan kaum Cina. 17 yang lain adalah totok Cina. Maaf, Zairil Khir Johari atau nama sebenar Christoper Ross Lim adalah bukan Melayu.
Di dalam Kongres semalam, Setiausaha Agong DAP memberitahu Barisan Nasional (BN) mahu gambarkan DAP 'Parti Orang Cina'. Bukan BN mahu gambarkan, tetapi BN beritahu apa yang realiti dan sebenarnya berlaku. Keputusan semalam sekali lagi membuktikan realitinya. Pertandingan CEC DAP semalam hanya 54% yang hadir mengundi. Mana yang lainnya? Berkecuali? Tidak dipanggil? Sudah meninggal dunia?
Apa khabar ahli DAP Melayu seperti Ahmad, Arifin, Harun, Sulaiman, Tengku Zul, Zulkifli dan Roseli yang kalah bertanding jawatan tertinggi CEC DAP semalam? Apa rasanya dipinggir Cina DAP?
Demikianlah Artikel DAP Memang Parti Rasis Cina, Jangan Salahkan BN!
Sekianlah artikel DAP Memang Parti Rasis Cina, Jangan Salahkan BN! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP Memang Parti Rasis Cina, Jangan Salahkan BN! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/dap-memang-parti-rasis-cina-jangan.html