Judul : Kakak maut, adik parah ditikam
link : Kakak maut, adik parah ditikam
Kakak maut, adik parah ditikam
(Ubah saiz teks)
CHERAS – Seorang wanita maut, manakala adiknya parah ditikam di sebuah flat kos rendah, Bandar Tasik Selatan, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, dalam kejadian kira-kira 10.31 malam itu, pasangan adik-beradik itu ditemui dengan kesan tikaman di tingkat 18 flat terbabit oleh penghuni di situ.
“Mangsa (wanita) berusia 31 tahun ditemui maut di tepi tangga, bersebelahan lif dengan kesan tikaman di perut.
“Seorang lagi mangsa berusia 18 tahun dipercayai adik lelaki kepada mangsa pertama dilapor parah dengan kesan tikaman di dada kiri dan perut sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.
Beliau berkata, tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, polis kemudiannya menahan suami dan abang ipar mangsa wanita terbabit yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan maklumat saksi, ketika kejadian dia terdengar jeritan meminta tolong sebelum melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Demikianlah Artikel Kakak maut, adik parah ditikam
Sekianlah artikel Kakak maut, adik parah ditikam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kakak maut, adik parah ditikam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/kakak-maut-adik-parah-ditikam.html