Judul : 2 dituduh perdaya beli pingat darjah kebesaran
link : 2 dituduh perdaya beli pingat darjah kebesaran
2 dituduh perdaya beli pingat darjah kebesaran
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Sri Jaya, Batu Pahat antara Julai hingga Oktober tahun ini.
BATU PAHAT: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memperdaya 8 individu membeli pingat darjah kebesaran palsu membabitkan nilai kerugian RM105,600.
Low Leong Huat, 57 dan Lim Kuan Hau, 40, membuat pengakuan itu selepas kesemua 8 pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Sri Jaya, Batu Pahat antara Julai hingga Oktober tahun ini.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara berasingan memperdaya 6 individu berbeza menyertai Kelab Darjah Kebesaran Pahang (KDKP) yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan hingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai kepada mereka.
Dua lagi pertuduhan dibacakan secara bersama atas kesalahan sama kerana memperdaya 2 individu berbeza di tempat dan tempoh sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara antara 1 hingga 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
Mahkamah membenarkan Low yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM21,000 manakala Lim yang diwakili peguam M Vinodaran sebanyakRM31,000 dengan seorang penjamin masing-masing.
Majistret menetapkan 31 Disember ini untuk pengurusan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mustaqim Sukarno.
Demikianlah Artikel 2 dituduh perdaya beli pingat darjah kebesaran
Sekianlah artikel 2 dituduh perdaya beli pingat darjah kebesaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 2 dituduh perdaya beli pingat darjah kebesaran dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/2-dituduh-perdaya-beli-pingat-darjah.html