Shafie direman 4 hari pada hari lahir

Shafie direman 4 hari pada hari lahir - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shafie direman 4 hari pada hari lahir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shafie direman 4 hari pada hari lahir
link : Shafie direman 4 hari pada hari lahir

Baca juga


Shafie direman 4 hari pada hari lahir

Malaysiakini 20/10/17


Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal terpaksa menghabiskan masa pada hari lahirnya yang ke-60 hari ini di bawah tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Agensi antirasuah itu hari ini mendapat kebenaran mahkamah menahan Shafie selama empat hari.

Perintah itu dikeluarkan majistret Cindy Mc Juce Balitus, lapor FMT.
Shafie yang pernah digelar "kereta kebal Umno" kerana kegigihannya membawa parti itu ke Sabah ditahan SPRM kira-kira jam 9 malam tadi.

Beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu untuk diambil keterangan mengenai siasatan berhubung projek pembangunan RM1.5 bilion yang pernah dikendalikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Semasa dalam kerajaan Shafie pernah berkhidmat sebagai menteri di kementerian berkenaan.

Sebelum itu beliau yang sebelum ini dipilih anggota Umno untuk menjadi naib presiden mereka, tiba di bangunan mahkamah di Kota Kinabalu menaiki ambulans.
 Shafie dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II malam tadi untuk rawatan selepas tekanan darahnya tinggi.
Kedatangan Shafie disambut kira-kira 500 penyokong yang menunggu di luar kawasan mahkamah berkenaan.
Dilaporkan tiga kek dibawa ke dalam mahkamah untuk meraikan sambutan kelahiran beliau.

Pagi tadi Malaysiakini melaporkan Shafie dibawa ke hospital selepas pegawai SPRM mengalah dengan tuntutan peguam beliau.
Memetik kenyataan Naib Presiden WAISAN, Junz Wong, portal ini melaporkan SPRM bertegas mahu menahan Shafie di lokap polis Kepayan.

Terdahulu SPRM menahan dua adik Shafie serta sejumlah pemimpin WARISAN.
WARISAN ialah parti yang ditubuhkan Shafie selepas beliau digantung keahliannya dalam Umno kerana mempertikaikan status Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB



Demikianlah Artikel Shafie direman 4 hari pada hari lahir

Sekianlah artikel Shafie direman 4 hari pada hari lahir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shafie direman 4 hari pada hari lahir dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/shafie-direman-4-hari-pada-hari-lahir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :