Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan

Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan
link : Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan

Baca juga


Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan

 | October 20, 2017
Malaysia juga seharusnya memanfaatkan kelebihan sumber alam nya apatah lagi apabila dinobatkan sebagai antara negara kaya biodiversiti oleh Tabung Alam Sedunia.
bajet-2018-uni 
CYBERJAYA: Peruntukan penyelidikan institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diteruskan pada Bajet 2018 bagi memastikan pembangunan sains, teknologi dan inovasi (STI) terus berkembang, kata Penasihat Sains Perdana Menteri Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Beliau berkata kerajaan telah pun melihat kepentingan STI dalam memainkan peranan mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat, seterusnya memberi manfaat dengan kewujudan keamanan dan kemakmuran kepada negara.

“Kerajaan telah melihat kepentingan STI dan rakyat kini perlu diperjelas kaitan antara STI dan kemakmuran negara lebih-lebih lagi apabila dunia kini menghadapi gelombang Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0),” katanya pada sidang media hari ini.

Mengambil contoh peruntukan RM400 juta iaitu RM300 juta bagi memperkasa universiti penyelidikan dan RM100 juta sebagai dana penyelidikan kepada IPT dalam pembentangan Bajet 2017 lalu, beliau berkata ia berjaya mencetuskan semarak ilmu dalam kalangan pelajar dengan peningkatan kedudukan universiti penyelidikan tempatan.

“Jadi diharapkan peruntukan penyelidikan dan pembangunan untuk universiti penyelidikan pada bajet akan datang dapat diteruskan jika tidak boleh ditambah,” katanya.

Katanya, usaha kini perlu ditumpukan kepada menggalakkan masyarakat terutamanya pelajar dan ibu bapa untuk memahami kepentingan STI dalam kemajuan kehidupan serta keterlibatan pemain industri dalam penggunaan STI menerusi projek dan perniagaan mereka.

“Kerajaan hanyalah pencetus gerakan, yang seharusnya menggerakkan matlamat ini adalah rakyat dan pihak korporat,” katanya.
Katanya penguasaan STI dalam apa juga bidang di negara ini amat penting bagi mengelakkan kita terus menjadi negara pengguna sebaliknya harus berubah menjadi negara pencipta seperti negara industri maju yang lain.

Malaysia juga seharusnya memanfaatkan kelebihan sumber alam dimilikinya apatah lagi apabila dinobatkan sebagai antara 17 negara yang kaya dengan biodiversiti oleh Tabung Alam Sedunia, katanya.

“Kita berhasrat dengan percambahan ilmu STI di negara ini, kita mampu menggunakan ilmu dan kemahiran itu untuk menghasilkan produk dari sumber alam kita yang bermanfaat dan bernilai serta boleh dipasarkan,” katanya.
FMT



Demikianlah Artikel Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan

Sekianlah artikel Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet 2018: Dana penyelidikan IPT perlu diteruskan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/bajet-2018-dana-penyelidikan-ipt-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :