Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung

Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung
link : Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung

Baca juga


Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung

 | October 29, 2017
Bagi pertuduhan kedua memiliki dadah, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap kedua-duanya dan 10 sebatan terhadap Muhamad Samri.
edar-dadah-gantung 
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih selepas didapati bersalah atas mengedar dadah, tahun lalu.

Hakim Datuk Hashim Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhamad Samri Hashim, 40, dan Salina Dtiauddin, 32, selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Bagi pertuduhan kedua memiliki dadah, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap kedua-duanya dan 10 sebatan terhadap Muhamad Samri.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhamad Samri dan Salina didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 23.32 gram dan monoacethylmorphines 3.55 gram di dalam kereta jenis Proton Perdana di Jalan Bukit Awi, Kulim, pada 1 pagi, 12 Mac 2016.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Bagi pertuduhan kedua, Muhamad Samri dan Salina didakwa memiliki dadah jenis methamphethamine seberat 39.41 gram di tempat dan masa yang sama.
Pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2)/39A(2) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan minimum 10 sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shuhada Mohd Yatim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, M. Chandran dan Burhanuddin Abdul Wahid. FMT


Demikianlah Artikel Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung

Sekianlah artikel Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasangan kekasih edar dadah dihukum gantung dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/10/pasangan-kekasih-edar-dadah-dihukum.html

Subscribe to receive free email updates: