Judul : Jeremy Gan pula letak jawatan jurulatih beregu lelaki badminton
link : Jeremy Gan pula letak jawatan jurulatih beregu lelaki badminton
Jeremy Gan pula letak jawatan jurulatih beregu lelaki badminton
Sebelum ini, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen meletak jawatannya dengan notis 6 bulan kepada BAM pada 11 September lalu.
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan menerima surat perletakan jawatan jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan, hari ini.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa surat perletakan jawatan itu adalah dengan notis selama 3 bulan.
Bagaimanapun Norza tidak memberitahu punca sebenar peletakan jawatan Jeremy.
“Kami menerima surat peletakan jawatannya hari ini. Saya percaya dia memiliki sebab tersendiri. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada (Ketua Jurulatih Beregu Lelaki) Cheah Soon Kit.
“Kita perlu tunggu dan lihat apakah yang akan dilakukan Soon Kit selepas ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen meletak jawatannya dengan notis 6 bulan kepada BAM pada 11 September lalu dengan memberikan alasan peribadi berhubung perkara itu.
Antara sumbangan terbesar Jeremy kepada skuad badminton negara ialah menghadiahkan pingat perak Sukan Olimpik Rio menerusi gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
Kini skuad beregu lelaki negara akan terus dikendalikan oleh Soon Kit dan Rosman Razak.
Demikianlah Artikel Jeremy Gan pula letak jawatan jurulatih beregu lelaki badminton
Sekianlah artikel Jeremy Gan pula letak jawatan jurulatih beregu lelaki badminton kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jeremy Gan pula letak jawatan jurulatih beregu lelaki badminton dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/jeremy-gan-pula-letak-jawatan-jurulatih.html