Judul : Afdlin, AC tubuh stesen TV bukan kerana kecewa
link : Afdlin, AC tubuh stesen TV bukan kerana kecewa
Afdlin, AC tubuh stesen TV bukan kerana kecewa
(Ubah saiz teks)
BAGAIKAN mimpi, tapi itulah yang akan menjadi kenyataan apabila gandingan Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal bakal muncul dengan stesen televisyen sendiri iaitu Syiok TV.
Bakal bersiaran pada penghujung tahun ini, Syiok TV mempunyai tiga saluran dengan konsep berbeza iaitu komedi, pelbagai dan inspirasi.
Selaku pengasas, dua sahabat baik ini begitu optimis stesen televisyen ini akan dapat membantu golongan artis dalam industri seni hiburan tempatan.
"Kita tahu, ramai artis yang mempunyai idea bernas. Apabila ia disampaikan ke stesen TV yang akhirnya diangkat hingga berjaya, hak harta intelek (IP) yang bukan lagi milik artis.
"Karya mereka dibayar secara terus dan artis tidak boleh guna lagi. Kami tidak seperti penyanyi yang mendapat royalti apabila lagu diputarkan," katanya pada sidang media khas semalam di Restoran Comedy Planet, miliknya.
Menurut Afdlin lagi, kerana sayangkan karya itu, Afdlin bersama AC menubuhkan stesen TV ini.
"Niat kami untuk membantu artis dan IP mereka. IP inilah yang akan mereka gunakan selepas ini hingga bila-bila.
“Itu hak mereka. Bukan mudah nak cari idea, jadi jangan ambil hak mereka,” katanya.
Ditanya adakah Syiok TV ditubuhkan atas rasa kecewa lebih-lebih lagi berkisar pada IP, Afdlin bagaimanapun menolak perkara itu.
“Ini bukan soal kecewa, tetapi langkah ini adalah lebih kepada tidak mahu mengambil hak yang bukan kita punya.
“Saya sudah lama dalam industri, dah tahu cara kerja industri. Jadi kalau orang tak mahu berubah, saya yang ubah. Saya harap usaha kami ini dengan memberikan IP kepada artis itu semula akan diikuti oleh RTM,” jelasnya.
Afdlin berkata, Syiok TV di bawah syarikat Syiok Media Network akan tampil dengan saluran pertamanya pada penghujung tahun ini.
“Kami sasar untuk terbitan pertama pada hujung tahun ini dan selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Walaupun perancangan kami akan ada lebih tiga saluran, tetapi untuk permulaan, kami mahukan satu saluran ini dipertontonkan terlebih dahulu.
“Buat masa ini, kami tidak boleh nak cakap lebih lagi kerana akan ada pelancaran saluran tersebut tidak berapa lama lagi,” jelasnya.
Ditanya, mengenai siaran Syiok TV, Afdlin berkata, perkara itu masih dalam peringkat akhir.
“Lesen kami adalah berbayar dan untuk tonton percuma. Maknanya, Syiok TV nanti boleh ditonton di Astro mahupun seperti biasa,” katanya.
Dalam pada itu, Syiok TV turut membuka peluang untuk memberikan dana kepada mana-mana karya yang dirasakan terbaik.
“Kalau sebelum ini, ramai penggiat seni yang terpaksa mencari dana sendiri untuk menghasilkan karya mereka. Tetapi, Syiok TV akan memberi dana jika karya mereka benar-benar menarik.
“Ini kelebihannya. Kami orang seni, faham bukan senang nak dapatkan dana. Ada kalanya hanya nak dapatkan dana, karya yang bagus terpaksa diperam bertahun-tahun lamanya.
“Ini peluang yang kita buka dan harapnya akan ada anak-anak muda tampil kepada kami dengan idea segar untuk dipertontonkan,” katanya.
Demikianlah Artikel Afdlin, AC tubuh stesen TV bukan kerana kecewa
Sekianlah artikel Afdlin, AC tubuh stesen TV bukan kerana kecewa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Afdlin, AC tubuh stesen TV bukan kerana kecewa dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/afdlin-ac-tubuh-stesen-tv-bukan-kerana.html