Judul : Wujudkan unit bantuan guaman di sekolah
link : Wujudkan unit bantuan guaman di sekolah
Wujudkan unit bantuan guaman di sekolah
Gambar hiasan |
Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan seorang guru berusia 48 tahun di Melaka cedera akibat dibaling kerusi setelah menegur perbuatan seorang pelajar berusia 14 tahun yang menggunakan bahasa kesat.
Beliau berkata, pihaknya tidak menafikan terdapat guru yang menjadi mangsa buli pelajar yang bermasalah di sekolah namun tidak serius.
Gejala buli seperti masalah lain yang melibatkan pelajar sukar untuk diatasi kerana terdapat segelintir ibu bapa dan penjaga yang gemar menuding jari kepada guru sebagai punca pelbagai kesalahan dilakukan oleh anak-anak mereka.
Sedikit sahaja tindakan diambil oleh mana-mana guru terhadap pelajar, maka laporan polis dibuat yang akan disusuli dengan tindakan saman di mahkamah. Ini tidak termasuk pendedahan yang dibuat kepada media massa atau memuat naik gambar dan video dalam media sosial sehingga menyebabkan guru berkenaan dikecam orang ramai tanpa usul periksa.
Oleh yang demikian, agak sukar untuk guru mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang didapati terlibat dengan kegiatan buli dan kesalahan lain walaupun mereka berniat baik untuk mendidik.
Memandangkan isu berkenaan sudah menjadi begitu kompleks dan sukar ditangani adalah dicadangkan ditubuhkan unit bantuan guaman di setiap sekolah atau sekurang-kurangnya di setiap jabatan pendidikan daerah dan negeri.
Unit berkenaan dapat menawarkan khidmat nasihat berkaitan aspek guaman dan perundangan kepada guru serta pelajar yang menjadi mangsa buli mengenai langkah-langkah yang sepatutnya diambil mereka.
Penubuhan unit bantuan guaman boleh dibuat melalui kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Majlis Peguam.
Unit itu seharusnya dianggotai oleh pengamal undang-undang yang pakar berkaitan gejala buli dan masalah disiplin lain melibatkan pelajar.
Dengan adanya unit itu, isu mangsa buli hanya mendiamkan diri kerana takut untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa tidak berterusan.
DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Demikianlah Artikel Wujudkan unit bantuan guaman di sekolah
Sekianlah artikel Wujudkan unit bantuan guaman di sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wujudkan unit bantuan guaman di sekolah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/wujudkan-unit-bantuan-guaman-di-sekolah.html