KUNCI SUAMI DALAM BILIK

KUNCI SUAMI DALAM BILIK - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KUNCI SUAMI DALAM BILIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KUNCI SUAMI DALAM BILIK
link : KUNCI SUAMI DALAM BILIK

Baca juga


KUNCI SUAMI DALAM BILIK


Kunci suami dalam bilik


Bachok – Seorang wanita di sini, bertindak mengunci suaminya dalam sebuah bilik di rumahnya bagi mengelak ditahan penguat kuasa AADK Bachok pada Ops Buru di Kampung Bukit Temalong, kelmarin.

Difahamkan kelicikan wanita berusia 31 tahun itu menyembunyikan suaminya yang berusia 41 tahun itu membuatkan suspek tidak pernah ditahan walaupun sudah 15 tahun menagih dadah.

Ketua Pegawai AADK, Rusdi Yusuf berkata, pasangan itu yang masing-masing bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja kedai makan mempunyai empat anak yang masih bersekolah.

Menurutnya, selepas mengetahui wanita itu cuba menyembunyikan suaminya, pegawai pemulihan cuba memujuknya dengan memberi kaunseling mengenai kesan-kesan penyalahgunaan dadah.

"Selepas diberi kaunseling, wanita itu bersetuju untuk menyerahkan suaminya kepada penguat kuasa.

"Selepas ini, suaminya akan menjalani pemulihan di Klinik Cure & Care Jerantut, Pahang," katanya.

Rusdi Yusuf berkata, suspek adalah salah seorang daripada 15 orang yang ditahan dalam operasi bermula jam 5 petang sehingga 12 tengah malam.

"Daripada jumlah itu 10 orang positif pil kuda dan semua suspek berusia 21 hingga 41 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1952," katanya.

Beliau berkata, salah seorang suspek berusia 23 diserahkan kepada pihak polis kerana mempunyai kes lampau berkaitan dadah.

Tambahnya, operasi di sekitar Kampung Tanjung Jenera, Beris Kubur Besar, Kandis dan Bukit Temalong dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam.

"Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk membanteras gejala penagihan dadah.

"Orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat penagihan dadah kepada AADK Bachok dan pihak polis," katanya.




Demikianlah Artikel KUNCI SUAMI DALAM BILIK

Sekianlah artikel KUNCI SUAMI DALAM BILIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KUNCI SUAMI DALAM BILIK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/kunci-suami-dalam-bilik.html

Subscribe to receive free email updates: