OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!!

OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!!
link : OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!!

Baca juga


OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!!

Beza pendapat punca Rafizi tidak hadir mesyuarat

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Selepas menerima beberapa pandangan susulan cadangan supaya kebuntuan mengenai kerjasama PKR dan Pas diselesaikan melalui kongres khas, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengemukakan jawapan balas terhadap dakwaan tersebut.

Rafizi dalam satu kenyataan berkata, daripada pelbagai pandangan baik daripada peringkat dalaman parti mahupun luar, ia telah menimbulkan persoalan dalam kalangan media dan orang ramai.

"Saya membuat keputusan tidak hadir ke mesyuarat biro politik sejak Ogos 2016, selepas perbezaan pendapat yang berpanjangan sehingga boleh membantutkan persediaan parti menjelang PRU14," katanya.

Menurutnya, walaupun tidak hadiri mesyuarat biro politik, tidak bermakna beliau tidak mengambil tahu perkembangan parti.

"Saya bermesyuarat dengan presiden, setiausaha agung, pengarah pilihan raya pada masa yang melibatkan pilihan raya setiap minggu.

"Pada saat-saat menjelang PRU14 ini, saya tidak nampak bagaimana biro politik atau Majlis Pimpinan Pusat boleh capai persetujuan dalam soal kerjasama dengan Pas. Jadi cara paling terbaik ialah dengan menyerahkannya kembali kepada akar umbi melalui kongres khas," katanya.

Mengulas lanjut, beliau juga turut menjelaskan sebab mengapa memilih untuk tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Menurut Rafizi tindakan itu dibuat rentetan beberapa peristiwa dan perbezaan pendapat, antaranya dalam soal pembahagian kerusi pada pilihan raya Sarawak, Mei 2016. 

"Berlakunya pertembungan tiga penjuru walaupun secara jelas keputusan biro politik mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi, dan ia diputuskan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang ditandatangani sendiri oleh Timbalan Presiden parti," katanya.

Kedua, katanya, tindakan melengah-lengahkan penyertaan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Sehingga ke saat akhir, saya terpaksa mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Agung mengarahkan jentera parti turun membantu jentera Pakatan Harapan, (dari Amanah dan DAP) tanpa menunggu keputusan biro politik yang tidak kunjung tiba," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, keputusan di peringkat biro politik menjadi sukar apabila wujudnya perbezaan pendapat.

"Meskipun sudah ada persetujuan di peringkat biro politik,  jika tidak disukai seseorang, keputusan itu tidak dihormati.

"Malah, ia akan dibuka balik di dalam mesyuarat biro politik, kemudian ditukar. Akibatnya, mesyuarat biro politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan," katanya.

Jelasnya, keadaan ini semakin menjadi-jadi termasuk isu yang paling sensitif, iaitu kerjasama dengan Pas kerana ia melibatkan Kerajaan Selangor.

"Oleh kerana pandangan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ialah untuk terus membuka pintu kepada Pas sehingga ke saat akhir untuk memastikan kemenangan di Selangor, sebarang langkah yang dilihat tidak disukai oleh Pas ditolak," katanya.

Dalam pada itu, mengulas pula tuduhan mengaitkan beliau sebagai ejen Umno dan rujukan kepada "ponorogo” Rafizi berkata, ia bukan isu yang baru dibangkitkan.


"Tuduhan oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat, Latheefa Koya, saya sedia maklum sejak lebih setahun, selepas ada cerita kononnya saya dibeli Umno melalui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menghancurkan PKR , dan sebagai pertukaran kepada tidak ke penjara kerana saya ada banyak kes di mahkamah," katanya.

Beliau turut mengesahkan tidak pernah berjumpa mana-mana menteri atau pimpinan kanan Umno/BN selain hanya berselisih di Parlimen.

"Saya bertemu Ahmad Zahid sekali sahaja di mahkamah pada 2012 untuk menyelesaikan kes saman beliau terhadap saya.

"Saya isytihar harta setiap tahun secara berkanun dan saya yakin rakyat tahu saya tidak ada kekayaan yang disyaki hasil daripada sogokan," katanya.    

Rafizi berkata, beliau tidak sewajarnya dilihat sebagai ancaman politik kepada rakan-rakan sebaliknya sekadar seorang yang sudah biasa bersuara apabila berbeza pendapat.

“Ramai merasakan saya mengancam kedudukan politik mereka. Saya sendiri pun tidak pasti sama ada kekal di dalam politik selepas bakal menjalani hukuman (jika rayuan ditolak),” katanya.


Demikianlah Artikel OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!!

Sekianlah artikel OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! OREB PONOROGO ! AUTOKRASI !!! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/oreb-ponorogo-oreb-ponorogo-oreb.html

Subscribe to receive free email updates: