[JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH

[JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH
link : [JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH

Baca juga


[JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH


Sambutan Hari Kebangsaan Tabika Kemas meriah


Majlis Pra Pelancaran Hari Kebangsaan Tabika Kemas 2017, di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Felda Jengka 3, dimeriahkan dengan simbolik penanaman pokok oleh Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Shamsuddin, baru-baru ini.

Selain itu, program turut diserikan dengan persembahan Anak Anak Tabika Kemas dari 14 Tabika seluruh parlimen di Negeri Pahang dengan kehadiran Pengarah Kemas Pahang, Ahmad Fakrul Radzi serta ketua-ketua Jabatan Daerah Maran.

Pegawai Kemas Daerah Maran, Hamidi Md Piah berkata, menariknya sambutan pra pelancaran Hari Kemerdekaan ini adalah perkongsian Penghayatan Kemerdekaan yang disampaikan oleh Adun Kuala Sentul yang juga Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang itu sendiri.

"Selain itu hadirin turut sama-sama melaungkan kalimat Merdeka sebanyak tiga Kali, sebelum dipersembahkan dengan tarian anak-anak Tabika Kemas.

"Dato' Shahaniza juga membuat simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada kesemua 14 sekolah Kemas Negeri Pahang. Setiap tahun, Kemas melancarkan program pra pelancaran sebagai tanda sokongan terhadap bulan kemerdekaan yang penuh bersejarah ini," katanya.


Guru Tabika Kemas Felda Jengka 1, (belakang kiri) Syurian Mohd dan Noor Hidayah Ali bersama anak anak tabika Kemas Felda Jengka 1


Hadir sama, Penghulu Mukim Chenor (Jengka/Kuala Sentul) Wan Rushdan Wan Muhammed, Pengurus Felda Jengka 3, Razian Hashim dan Pengerusi JKKK Felda Jengka 3, Mat Sulaiman Harun.

Sementara itu, Guru Tabika Kemas Felda Jengka 1, Syurian Mohd dan Noor Hidayah Ali menjelaskan setiap tahun anak-anak tabika dilatih untuk menyempurnakan perbarisan dan gimik pembukaan pada majlis pra pelancaran Hari Kemerdekaan.

Menurut mereka, persiapan pakaian yang dijahit menggunakan Jalur Gemilang bertemakan kemerdekaan, kebanyakannya atas inisiatif ibu bapa.

"Setiap tahun sebelum Ogos kami sebagai guru akan berpesan kepada anak-anak dan ibu bapa penjaga untuk membuat persediaan pakaian. Sekolah biasanya akan anjurkan pertandingan pakaian beragam berasaskan Jalur Gemilang.

"Baik di pihak kami guru-guru mahupun ibu bapa dan penjaga masing-masing tidak kisah untuk berhabis sedikit Duit demi menanam semangat cintakan negara dan penghayatan kemerdekaan terhadap jiwa anak-anak kecil ini. Apatah lagi ia memang bertujuan untuk pendidikan dan demi memupuk nilai-nilai murni pada diri anak-anak," katanya.




Demikianlah Artikel [JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH

Sekianlah artikel [JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JENGKA] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TABIKA KEMAS MERIAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/jengka-sambutan-hari-kebangsaan-tabika.html

Subscribe to receive free email updates: